Astro Gempak
Online/Digital
Artist gossip, entertainment news, viral and trending, drama and interesting videos! Watch The Maid, Musical Comedy Superstar, Gegar Vaganza, Sepahtu Reunion & various dramas! Source
Actions
Media Outlet details
| Scope | National |
|---|---|
| Language | English, Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search Articles“Tertunailah Sudah Apa Yang Kami Hajatkan” - Kismah Johar Gembira Bella dan Syed Saddiq Selamat Bernikah
Pelakon veteran, Kismah Johar meluahkan rasa gembira melihat pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri. Menurutnya, pernikahan Bella dan Syed Saddiq merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh mereka yang rapat dengan pasangan itu, malah rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. “Saya rasa sangat gembira dan mengucapkan selamat pengantin baharu.
Bella Astillah ‘Datang’ Minta Nasihat Nabil Ahmad Soal Perkahwinan - “Dia Ada Bertanya…”
Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa syukur apabila rakan penyampainya, Bella Astillah selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Sabtu. Menurut Nabil, Bella ada bertanyakan kepadanya tentang cara mengekalkan keharmonian rumah tangga bersama isteri, Nazirah Ayub yang kini memasuki tahun ke-15 perkahwinan mereka. “Dia ada bertanya tentang bagaimana saya dan Zira berinteraksi, bagaimana komunikasi kami dan sebagainya.
Lama Tak Muncul Di Kaca TV, Yana Shamsudin Kembali! Bergandingan Dengan Sweet Qismina Dalam 'Menantu Tanpa Reda'
Selepas beberapa tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Yana Shamsudin akhirnya kembali mewarnai dunia lakonan menerusi drama terbaharu berjudul ‘Menantu Tanpa Reda’. Menariknya, kemunculan semula Yana kali ini menyaksikan dia bergandingan dengan pelakon Sweet Qismina apabila kedua-duanya membawakan watak sebagai pasangan kakak dan adik.
“Kadang Bukan Sebab Bakat…” - Ryzal Ibrahim Dedah Realiti Industri Seni, Kongsi Punca Ramai Tak Sanggup Terima Tawaran Lakonan
Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim tampil berkongsi realiti industri lakonan yang menyebabkan ramai tidak sanggup berkecimpung di dalam bidang berkenaan. Menerusi perkongsian di Threads, Ryzal berkata bakat seseorang bukanlah punca utama seseorang sukar menerima tawaran kerja, sebaliknya ramai tidak sanggup berdepan dengan komitmen masa dan bayaran yang kurang memuaskan, Malah, hasil akhir sesebuah karya dan gandingan bersama pelakon dan tenaga produksi pun memainkan peranan yang besar.
FFM35: Malam Terlarang Dominasi Dengan 12 Pencalonan, Tarung: Unforgiven Antara Calon Top 5 Dengan 10 Pencalonan
Filem Malam Terlarang terus membuktikan keunggulan apabila tercalon bagi 12 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35). Kategori yang dimaksudkan adalah Poster Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Penyunting Terbaik.
“Sumpah Benci Lelaki Yang Pukul Perempuan” - Janna Nick
Berita mengenai pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dipercayai maut selepas dipukul berulang kali menggunakan sebatang besi sepanjang 96 sentimeter mengundang kemarahan semua pihak. Termasuklah pelakon dan pengacara Janna Nick yang turut meluahkan kemarahannya apabila mengetahui berita tersebut. Menurut Janna, dia paling tidak suka dengan tindakan lelaki memukul wanita apatah lagi sehingga menyebabkan kematian.
“Jadi Sahabat Awak Dah Pun Satu Rahmat…” - Jurusolek Aus Sebak Bella Astillah Pilih Jadi MUA Di Hari Pernikahan
Jurusolek yang dikenali sebagai Austouxh atau Aus meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk solekkan wajah rakan baiknya yang juga Bella Astillah di hari pernikahan pelakon dan penyanyi pada Sabtu pagi. Menerusi hantaran di Threads, Aus turut berasa sebak apabila Bella masih memilihnya untuk menata rias wajah pada hari yang cukup bermakna dalam kehidupan sahabatnya itu.
"Hari Yang Sangat Bahagia Untuk Saya..." - Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu. Menurut Bella, hari tersebut merupakan antara detik paling membahagiakan dalam hidupnya. “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur. Hari ini adalah hari yang sangat bahagia untuk saya, semoga bukan hari ini sahaja,” katanya kepada Gempak.
Shiha Zikir Menangis Dapat Tahu Keputusan Kesihatan Ibu - “Keadaan Mak Ketika Ini Memerlukan…”
Penyanyi, Shiha Zikir berkongsi keadaan terkini ibunya, Rohana Ibrahim yang kini dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital. Kongsi pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir ini, keadaan kesihatan ibunya sedikit merosot dan memerlukan dirinya memberikan perhatian penuh. Walau bagaimanapun, pelantun lagu Minta Ampun ini memaklumkan dirinya belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai sakit yang dihidapi ibunya.
Sempat Makan Tom Yam Dengan Bella, Didi Astillah Gembira Kakak Dah Jadi Isteri Syed Saddiq
Pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa syukur selepas melihat kakaknya, Bella Astillah akhirnya selamat mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut Didi, hari bahagia Bella itu membawa makna yang cukup besar buat dirinya memandangkan dia menyaksikan sendiri perjalanan hidup kakaknya, termasuk kesedihan dan pelbagai dugaan yang pernah dilalui sebelum ini. “Sudah tentu, satu perkataan yang boleh saya katakan ialah gembira.