A new AI capability that delivers analysis-ready Media Intelligence. More than just a product launch, this is a shift in how communications teams monitor, understand and act on media coverage.
Harian Metro, Malaysia's first Malay daily afternoon tabloid in Klang Valley and morning tabloid in other part of Malaysia was established on 25 March 1991. It is now Malaysia's largest circulating newspaper in any language. Source
Vancouver: Penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel menyifatkan kejayaan pasukannya menewaskan Colombia menerusi penentuan penalti 4-3 sebagai pencapaian yang 'luar biasa' selepas mereka mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 72 tahun.
Miami: Kapten Norway, Martin Odegaard tidak mahu terlalu melayan gurauan bersama rakan sepasukannya di Arsenal menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia menentang England, awal pagi Ahad ini.
Foxborough: Sepanyol akan berdepan Belgium pada aksi suku akhir Piala Dunia, pagi Sabtu ini, dalam pertembungan yang menemukan antara pasukan paling konsisten di kejohanan itu dengan skuad Belgium yang tampil bermotivasi tinggi selepas membelasah Amerika Syarikat (AS) 4-1.
Foxborough: Rayuan Perancis terhadap kad kuning yang dilayangkan kepada Michael Olise ketika kemenangan ke atas Paraguay dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia ditolak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pau: Pelumba Belanda, Olav Kooij mencipta kemenangan sulung di Tour de France (TdF) apabila menjuarai perlumbaan peringkat kelima yang berakhir dengan pecutan penuh huru-hara susulan kemalangan kira-kira lima kilometer sebelum garisan penamat.
Foxborough: Didier Deschamps menuntut Perancis mempamerkan ketajaman lebih tinggi di bahagian serangan apabila berdepan Maghribi pada aksi suku akhir Piala Dunia, awal pagi Jumaat ini.
Kansas City, Missouri: Pemain tengah England, Jordan Henderson kembali menyertai skuad kebangsaan di Kansas City selepas menjalani pembedahan akibat patah tangan yang dialaminya ketika meraikan kemenangan ke atas Mexico pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia, awal pagi Isnin lalu.
Kansas City: Penyokong Argentina paling pesimis sekali pun mungkin tidak menjangka juara bertahan itu terpaksa berhempas-pulas sebelum menewaskan Cape Verde dan bangkit secara dramatik pada lewat permainan ketika menundukkan Mesir selepas mengharungi saingan peringkat kumpulan Piala Dunia dengan penuh bergaya.
Kuala Lumpur: Penamatan kehamilan hanya dibenarkan di bawah Seksyen 312 Kanun Keseksaan jika dilakukan oleh pengamal perubatan sah yang berpendapat bahawa penerusan kehamilan akan membabitkan risiko nyawa, kecederaan kepada fizikal atau mental wanita hamil berkenaan.