Kosmo!
Verified
Newspaper,
Online/Digital
Kosmo! is a Malay-language compact format newspaper tabloid in Malaysia owned by the Utusan Group, which also owns Kosmo!'s Sunday paper Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia, and Mingguan Malaysia. It is available in Malaysia at most newsstands. Source
Actions
Media Outlet details
| Scope | National |
|---|---|
| Language | English, Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesWarga emas maut tersepit dalam lori sawit
JASIN – Seorang warga emas maut akibat tersepit selepas lori muatan kelapa sawit yang dipandunya terlibat dalam nahas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Batu Gajah, di sini hari ini. Mangsa berusia 68 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM). Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd.
Pengasuh didakwa cederakan budak empat tahun
SEREMBAN – Seorang pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya hingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada di bawah jagaannnya pada Mei lalu. Tertuduh, Zaiton Md. Lajis, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.
‘Sesetengah kategori, kenaikan pangkat ambil masa hingga 8 tahun’
BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, terdapat sesetengah kategori dalam perkhidmatan awam perlu menunggu masa sehingga lapan tahun untuk kenaikan pangkat mereka. Beliau berkata, sehubungan itu, proses berkenaan perlu dipercepatkan dan arahan telah diberikan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bagi menyemak semula proses kenaikan pangkat penjawat awam.
Kerjasama politik negeri, Persekutuan mungkin lain-lain – UMNO Terengganu
HULU TERENGGANU – Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kerjasama politik yang sedang dijalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, setakat ini, kerjasama politik sama masih belum dibincangkan di negeri ini namun ia boleh berubah mengikut pola politik semasa.
Dedikasi penjawat awam capai 5.8 peratus ekonomi negara
BANGI – Pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 5.8 peratus pada Suku Tahun Kedua (ST2) adalah bukti komitmen, kecekapan dan dedikasi penjawat awam bagi mencapai kejayaan tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka yang dicapai itu jauh lebih baik daripada unjuran Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Bank Negara Malaysia ketika negara dan dunia umumnya bergelut dengan tekanan akibat perang dan ketidaktentuan ekonomi.
Makin berani, selamba kayuh basikal roda tiga tengah KL
PETALING JAYA – Mencacat pandangan dan imej ibu kota. Itu antara luahan warga kota apabila melihat gambar warga asing mengayuh basikal roda tiga di tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Langka_569, kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan sekitar Dang Wangi. “Bila last korang tengok basikal roda tiga kat tengah bandar KL (Kuala Lumpur)?
Dedah anak kepada dadah, buruh didenda RM3,000, jalani khidmat masyarakat 36 jam
PASIR MAS – Seorang buruh didenda RM3,000, bon kelakuan baik sebanyak RM2,000 dan melakukan khidmat masyarakat selama 36 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendedahkan anak perempuannya yang berusia setahun lapan bulan mengambil dua jenis dadah berbahaya, dua bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Shahrul Hisham Lailatulazhma, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
‘Saya sentiasa bersedia jika ada tawaran filem Azura’
PETALING JAYA – Penyanyi Zaki Yamani mengakui teruja sekiranya ditawarkan untuk membintangi filem Azura yang pernah dilakonkan oleh bapanya, Datuk Jamal Abdillah sekitar tahun 1984 jika naskhah tersebut dihasilkan semula dalam versi baharu oleh mana-mana penerbit atau pengarah. Menurut Zaki, 20, dia sanggup menyahut cabaran dan melakukan apa sahaja demi menjayakan watak Zack yang sangat sinonim dengan bapanya dulu.
Saya ganti tempat arwah jaga cucu – Ibu Shahir
GEORGE TOWN – “Saya akan jaga mereka. Saya galas tanggungjawab ini, ganti arwah Shahir.” Demikian luahan seorang nenek, Salmah Shamsudin, 72, yang kini menjadi tempat bergantung harap dua cucunya berusia 15 dan 13 tahun selepas pemergian anak tercinta, Shahir Zainul, 46, pada 11 Jun lalu. Warga emas itu berkata, buat masa ini dia akan memastikan kedua-dua cucunya terus dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang meskipun kehidupan mereka serba sederhana. “Saya akan jaga mereka dulu.
Rider didakwa ‘sentuh’ anak tiri, ugut mahu ‘potong’ polis
MELAKA – Seorang penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini atas lima pertuduhan termasuk melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tiri perempuannya berusia 13, pada Julai lalu. Tertuduh, yang berusia 32 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rohatul Akmar Abdullah dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.