Mstar Malay
Verified
Online/Digital
Laman web mStar secara rasminya menemui pembaca pada 15 Oktober 2005, diterbitkan oleh Star Media Group Berhad, menjadikan ia satu-satunya portal berbahasa Melayu pertama bawah syarikat ini yang sinonim dalam penerbitan akhbar berbahasa Inggeris iaitu The Star.
Idea menerbitkan mStar dicetuskan apabila pihak SMGB mahu mengambil peluang meneroka satu platform baharu khususnya dalam era digital untuk sasaran pembaca Melayu.
Di awal penerbitannya, mStar lebih dikenali sebagai portal yang mengutamakan kandungan berita dengan laporan berbentuk politik, jenayah, mahkamah, hiburan, sukan, isu semasa dalam dan luar negara. Source
Actions
Media Outlet details
| Scope | Local |
|---|---|
| Language | Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesNasihat Fazlina Ahmad Daud untuk pelakon muda, jangan buka aib rakan industri
PELAKON Fazlina Ahmad Daud mengakui kewujudan ‘kroni’ merupakan perkara biasa dalam industri hiburan tanah air. Kenyataan Fazlina, 51, itu susulan luahan seorang aktres yang kecewa selepas melalui detik sukar apabila dimaklumkan pihak produksi bahawa terdapat pelakon yang tidak mahu bergandingan dengannya dalam mana-mana karya. Bagaimanapun, Fazlina berpendapat perkara berkaitan konflik sesama rakan artis tidak perlu didedahkan kepada umum, sebaliknya lebih baik diselesaikan secara berhemah.
Kecoh peserta Malaysia masuk pertandingan ratu cantik transgender! Ramai gesa pihak berkuasa agama bersuara
KECOH di media sosial selepas tular video memaparkan seorang individu yang didakwa sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan ratu cantik transgender peringkat antarabangsa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya. Video berkenaan dipercayai memaparkan peserta yang membawa nama Malaysia dalam pertandingan berkenaan, sebelum ia dikongsi semula oleh beberapa akaun media sosial tempatan.
Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggi
PERKONGSIAN aktor Nam Ron mengenai pelakon baharu yang didakwa meminta bayaran RM100,000 untuk penglibatan dalam sebuah filem mendapat perhatian ramai di media sosial. Sekali lagi mengulas berkaitan isu berkenaan, Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, berkata bayaran untuk seorang pelakon lazimnya turut dilihat menerusi hasil kerja berkualiti dalam karya-karya terdahulu.
El Riss jadi sasaran kecaman selepas muncul duet dengan Eda Ezrin, 90 peratus komen orang Kelantan tak puas hati
PENYANYI El Riss sedar namanya menjadi perhatian dan menerima kecaman netizen selepas dibandingkan dengan rakan industri, Den Manjo, susulan penghasilan single terbaharunya bersama Eda Ezrin berjudul Jange Curey Adek Saye. El Riss atau nama sebenarnya Adam Haris Abdul Razak, 21, berkata dia memahami sekiranya ada peminat yang masih belum dapat menerima gandingan baharunya bersama Eda.
Suria FM dan 988 bersiaran dari Dataran Putrajaya, kempen ‘CHAM2GETHER’ sempena Hari Kebangsaan berlangsung meriah
RADIO Suria FM dan 988 bergabung tenaga menerusi siaran luar bersama dari Dataran Putrajaya bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM 2026) melalui kempen CHAM2GETHER. CHAM2GETHER merupakan kempen Merdeka kolaborasi Suria dan 988 yang meraikan kepelbagaian budaya serta komuniti di Malaysia. Kempen tersebut membawa simbolik bahawa perbezaan latar belakang, budaya dan bahasa boleh disatukan menjadi sesuatu yang harmoni.
Penyewa rimas ‘kaum kerabat’ pemilik homestay sibuk berkampung dekat kolam, siap buat makan-makan... Percutian 3 hari terganggu!
MUSIM cuti sekolah sememangnya menjadi waktu yang dinanti-nantikan ramai untuk meluangkan masa bersama insan tersayang. Ada yang memilih untuk pulang ke kampung halaman, tidak kurang juga mengambil peluang menempah hotel atau homestay bagi menikmati percutian serta merehatkan minda daripada kesibukan harian. Bagi keluarga yang ramai, homestay selalunya menjadi pilihan utama kerana ruangnya yang luas serta menyediakan kemudahan lengkap seperti berada di rumah sendiri.
“Kau setakat sedu-sedan masuk set macam kau artis popular nau” – Erma Fatima tegur ‘attitude’ diva, setuju kenyataan Namron soal bayaran tinggi
PENGARAH Erma Fatima tampil bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan pelakon Namron mengenai pendatang baharu yang mengenakan harga tinggi sehingga RM100,000 untuk menjayakan sesuatu naskhah lakonan. Kata Erma, 58, seorang pelakon sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan bukannya meletakkan jumlah pengikut di media sosial sebagai satu kayu ukur untuk berasa dirinya hebat biarpun mutu lakonan masih ditahap biasa. "Setuju sangat! Kena ukur baju di badan sendirilah.
Dua beradik seret beg umrah melancong ke Perth jadi bahan ketawa... Paling sedih diejek orang Malaysia!
SESETENGAH orang suka tampil bergaya setiap kali melancong, lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke luar negara. Namun bagi yang lebih praktikal, aspek keselesaan, ketahanan, dan fungsi barangan jauh lebih utama berbanding mengejar rupa. Barangkali atas sebab itu, seorang wanita tidak menyangka bagasi daripada sebuah agensi umrah yang dibawanya ketika melancong ke Perth, Australia bersama kakaknya dijadikan bahan ketawa pasangan warga Malaysia di lapangan terbang tempatan.
[V] Tanda kasih dari Palestin... 69 layang-layang hiasi langit Gaza sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia!
PENDUDUK Palestin menzahirkan rasa kasih dan penghargaan mereka kepada negara ini dengan menerbangkan 69 buah layang-layang di ruang udara Gaza, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69. Antara yang mencuri perhatian, terdapat layang-layang berbentuk heksagon [Tonton Video] yang dilukis dengan corak Jalur Gemilang oleh kanak-kanak Gaza.
Baru dua tahun bela Hiro, Aina Abdul terkilan kesedihan dipertikai... “Jahatnya mulut awak”
PEMERGIAN kucing kesayangan diberi nama Hiro bukan sahaja meninggalkan kesan emosi yang mendalam buat penyanyi Aina Abdul, malah dia turut meluahkan rasa terkilan apabila tempoh membela haiwan berkenaan dipertikaikan sesetengah pihak. Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, Hiro merupakan kucing pertama yang dibelanya, justeru kehilangan haiwan kesayangan itu memberikan kesan yang amat berat terhadap dirinya. "Pengurus dan juru mekap saya pun ada bela kucing.