stadiumastro.com
Actions
Media Outlet details
| Scope | N/A |
|---|---|
| Language | English, Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesKem latihan NJDP bawa pengalaman berbeza buat peserta
Kem latihan Program Pembangunan Golf Remaja Kebangsaan (NJDP) tamat di Miri, Sarawak semalam. Sokongan yang diberikan kerajaan negeri itu menjadi bukti pembangunan sukan golf tidak boleh digerakkan hanya satu pihak, sebaliknya memerlukan kerjasama yang kukuh bagi memastikan lebih ramai pemain muda mempunyai peluang untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.
Dr Fatin Nurfatehah tandakan kepulangan dengan pingat perak Piala Dunia
Tiga tahun menyepi tanpa sebarang kejohanan demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian PhD dalam jurusan sains sukan, Dr Fatin Nurfatehah Mat Salleh kembali daripada waktu rehat panjang dengan kejayaan menaiki podium. Kejayaan meraih pingat perak dalam acara compound Piala Dunia Memanah Peringkat Ke-4 di Madrid menjadi satu amaran awal bahawa dia tidak akan berhenti setakat itu.
Kuching City belum rela hilang Petrus Shitembi
Di saat nama Petrus Shitembi menjadi rebutan beberapa pasukan, Kuching City jelas tidak mahu kehilangan ‘dancing shoes’ mereka itu. The Cats kini sedang berusaha memastikan tonggak import dari Namibia itu terus kekal bersama pasukan mereka bagi menghadapi cabaran Liga Malaysia, Piala Shopee dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.
Piala AFF Wanita: Pemain negara kekal bersemangat buru tiket separuh akhir
Suasana tenang tetapi lebih serius menyelubungi sesi latihan skuad wanita negara, yang jelas terkesan rentetan keputusan seri menentang Laos dalam aksi pertama Kumpulan A, Piala AFF Wanita di Cheras pada Jumaat lalu. Keputusan itu menyaksikan Malaysia kini tiada pilihan lain selain memburu kemenangan mutlak dalam aksi terakhir kumpulan menentang Singapura pada Khamis ini.
Olahraga B-23 Asia: Gembira atas kejayaan Armin, banyak ruang dapat diperbaiki lagi, kata jurulatih
'Kejayaan tetap hadir bersama ruang penambahbaikan' -- itu reaksi jurulatih 110 meter lari berpagar negara, Zainudin Yusoff susulan pencapaian Mohamad Armin Zahryl Abd Latif melakar dua rekod kebangsaan dalam tempoh 24 jam sewaktu beraksi di Kejohanan Olahraga Asia Bawah 23 tahun.
Sukma: Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai venue pembukaan
33 hari menuju Sukan Malaysia (Sukma) ke-22 dan Para Sukma 2026, persoalan berhubung venue perasmian pembukaan kian terungkai dengan kerajaan Negeri Selangor kini dalam persediaan akhir bersama Majlis Bandaraya Shah Alam bagi memuktamadkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam sebagai lokasi pilihan.
Sukan Komanwel: Sasaran dua pingat PLBM realistik, mampu dicapai
Ketua jurulatih skuad boling padang negara, Fairul Izwan Abd Muin, menyifatkan sasaran dua pingat tanpa mengira warna ditetapkan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) di Sukan Komanwel Glasgow sebagai realistik dan mampu dicapai. Meskipun jumlah acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini dikurangkan kepada empat berbanding lapan ketika edisi 2022 lalu, Fairul percaya anak buahnya sudah siap sedia bagi merealisasikan misi tersebut.
Ini maksud di sebalik logo rasmi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027
Logo rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 akhirnya diperkenalkan menerusi majlis peluncuran logo, maskot dan tema rasmi sebagai identiti temasya yang bakal berlangsung di Malaysia pada tahun depan. Logo rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 direka dengan elemen yang menggambarkan aspirasi Malaysia menyatukan ASEAN melalui semangat kesukanan.
‘Tuah’ aspirasi perpaduan Sukan SEA dan Para ASEAN 2027
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027 hari ini meluncurkan logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 sebagai identiti temasya yang bakal berlangsung di Malaysia pada tahun depan. Acara bersejarah ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohamed Taufiq Johari bertempat di IOI City Mall, Putrajaya.
Ancaman Bunuh Ke Atas Jaminton Campaz Bangkitkan Kembali Trauma Lama Bola Sepak Colombia
Harapan Colombia untuk terus melangkah jauh di Piala Dunia FIFA 2026 musnah selepas tewas 4-3 dalam sepakan penalti menentang Switzerland di pusingan 16 pasukan terbaik. Detik paling menyayat berlaku ketika masa tambahan apabila Jaminton Campaz, gagal memanfaatkan peluang keemasan yang boleh menamatkan perlawanan lebih awal untuk pasukannya. Sebaik sahaja perlawanan tamat, akaun media sosial Campaz dibanjiri komen negatif dan ancaman bunuh terhadap dirinya serta ahli keluarganya.