VOCKET
Online/Digital
VOCKET. is a digital media that displays the latest news about travel, technology, fashion and creativity. Source
Actions
Media Outlet details
| Scope | International |
|---|---|
| Language | Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesInfantino Sahkah FIFA Sedang Pertimbangkan Piala Dunia 2030 Disertai 64 Pasukan Selepas Kejayaan Format 48 Pasukan
Presiden FIFA, Gianni Infantino mengesahkan cadangan tersebut akan dikaji selepas kejayaan format baharu 48 pasukan yang diperkenalkan pada Piala Dunia 2026. Ini akan membuka sejarah baharu dalam penganjuran Piala Dunia, yang merupakan acara sukan nombor 1 di dunia. Menurut Infantino, bola sepak kini semakin berkembang di seluruh dunia dan lebih banyak negara wajar diberi peluang beraksi di pentas terbesar.
Menteri Besar Johor Umum Esok Cuti Peristiwa
Kerajaan Negeri Johor secara rasmi mengumumkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri Johor. Pengisytiharan tersebut dibuat atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sebagai tanda penghargaan tertinggi kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Murat Yakin Percaya Argentina Menang Kerana Bantuan Pengadil
Jurulatih Switzerland, Murat Yakin, menyifatkan kad merah yang diterima Breel Embolo sebagai detik yang mengubah keseluruhan perjalanan perlawanan ketika pasukannya tewas kepada Argentina. Yakin percaya keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Embolo adalah satu kesilapan besar yang akhirnya menghukum Switzerland. Menurut Murat Yakin keputusan pengadilan membantu Argentina untuk memenangi perlawanan. Di mana Bret Embolo dibuang padang untuk kesalahan simulasi.
Jadual Lengkap Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia 2026
Teki-teki empat pasukan yang melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2026 sudah pun terjawab dengan kemaraan Perancis, Sepanyol, England dan Argentina. Kemaraan pasukan-pasukan itu juga menepati ramalan status mereka selaku empat pasukan terbaik dalam senarai ranking dunia.
Senarai Penjaring Gol Selepas Tamat Suku Akhir Piala Dunia 2026
Persaingan merebut gelaran penjaring terbanyak Piala Dunia 2026 semakin sengit selepas saingan kini memasuki fasa separuh akhir. Selepas tamat aksi suku akhir, beberapa nama besar terus berada dalam kelompok teratas apabila masing-masing masih berpeluang menambah jaringan dalam baki perlawanan yang ada.
Atasi Switzerland 3-1, Argentina Ke Separuh Akhir
Argentina terpaksa mengharungi 120 minit permainan untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia 2026 selepas menundukkan Switzerland 3-1 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Arrowhead Stadium, Kansas City sebentar tadi. Kemenangan yang memastikan pertemuan juara bertahan itu dengan England pada aksi separuh akhir nanti.
Kalah Dengan England Di Piala Dunia, Syarikat Penerbangan Norway Ini ‘Gentle’ Tukar Gambar Profil Jadi British Airways
Aksi suku akhir Piala Dunia bukan sahaja menghangatkan suasana di padang, malah turut mencetuskan drama ‘di udara’ apabila dua syarikat penerbangan gergasi Eropah terlibat dalam satu perjanjian mesra yang mencuit hati netizen. Berikutan kekalahan pasukan Norway kepada England, syarikat penerbangan FlyNorwegian akur dengan keputusan perlawanan dan secara rasmi menukar gambar profil akaun Instagram mereka kepada logo pesaingnya, British Airways.
Selang 2 Hari Tun Mahathir Berusia 101 Tahun, Hari Ini Tun Siti Hasmah Sambut Ulang Tahun ke-100
Hari ini, seluruh negara meraikan detik bersejarah apabila mantan Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100. Sambutan ulang tahun ke-100 Tun Siti Hasmah pada hari ini (12 Julai) terasa lebih istimewa kerana ia hanya berselang dua hari selepas ulang tahun kelahiran suaminya tercinta, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menyambut ulang tahun ke-101 pada 10 Julai lalu.
Ini Statistik Di Sebalik Keputusan PRN Johor 2026
Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor) 2026 bukan sekadar menyaksikan Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar, malah turut menghasilkan pelbagai angka dan statistik yang mencuri perhatian. Daripada majoriti hampir 30,000 undi sehinggalah kemenangan yang ditentukan dengan hanya 170 undi, keputusan di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menawarkan pelbagai cerita menarik untuk diteliti.
FIFA Sahkan Tiada Bukti Bola Terkena Kabel Kamera Sebelum Gol Penyamaan England
FIFA mengesahkan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bola terkena kabel kamera di atas padang sebelum jaringan penyamaan England ketika menewaskan Norway 2-1 dalam aksi suku akhir Piala Dunia. Insiden itu berlaku pada penghujung babak pertama apabila sepakan gol yang diambil penjaga gol Norway, Ørjan Nyland, dilihat seolah-olah terkena kabel yang merentangi stadium sebelum bola jatuh semula ke kawasan permainan. Beberapa saat kemudian, Jude Bellingham menjaringkan gol penyamaan buat England.