Utusan Malaysia
Online/Digital
The first online media in Malaysia. Been in cyberspace since 1996. It is the most popular online media in Malay language in Malaysia. Source
Actions
Media Outlet details
| Scope | National |
|---|---|
| Language | English, Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesLuqman batal perjalanan ke Nepal saat akhir, harap rakan dijumpai segera
BUTTERWORTH : Seorang pemuda berharap agar rakannya, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Nepal ditemui segera. Luqman Hakim, 27, berkata, dia sepatutnya bersama-sama Muhammad Adib ke negara itu baru-baru ini, namun, terpaksa membatalkan perjalanannya ke sana pada saat-saat akhir atas sebab kecemasan. “Saya kenal dia (Muhammad Adib) sejak 11 tahun lalu dan kami berkongsi minat yang sama iaitu berlari dan mendaki.
Indonesia siasat dakwaan rakyatnya sertai tentera Russia di Ukraine
JAKARTA: Indonesia pada Isnin memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan beberapa rakyatnya menyertai tentera Russia dan dikerahkan untuk berperang di Ukraine. Kementerian Luar Indonesia berkata, maklumat itu diperoleh daripada pihak berkuasa Ukraine dan kini sedang disahkan bersama beberapa kementerian serta institusi kerajaan. Bagaimanapun, kementerian itu tidak mendedahkan jumlah rakyat Indonesia yang disyaki terbabit.
Ekosistem Warisan Negara perkasa peniaga kecil
PETALING JAYA: Peniaga kecil kini berpeluang memperoleh bekalan pada harga lebih kompetitif sekali gus mengurangkan tekanan operasi dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bersaing menerusi Projek Ekosistem Warisan Negara yang dilancarkan hari ini.
Iran sita kapal kargo didakwa cemari Selat Hormuz
TEHERAN: Pihak berkuasa Iran menyita sebuah kapal kargo selepas mendakwa kapal berkenaan membuang minyak dan enap cemar ke Selat Hormuz, lapor media kerajaan pada Isnin. Timbalan Ketua Jabatan Pelabuhan dan Maritim wilayah Hormozgan di selatan Iran, Esmaeil Makizadeh berkata, pasukan pakar dan pembersihan dihantar ke lokasi selepas imej menunjukkan pembuangan minyak ke laut tersebar.
Jemputan bekas PM hadir sambutan merdeka tidak dibuat sejak 2018
PUTRAJAYA: Jemputan kepada bekas Perdana Menteri (PM) bagi menghadiri sambutan Hari Kebangsaan tidak dibuat secara automatik sejak 2018. Itu penjelasan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah berhubung kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Putrajaya pagi tadi.
Wanita alami gangguan otak selepas amal diet air
BEIJING: Seorang wanita di China mengalami gangguan otak serius yang mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya selepas mengamalkan diet ekstrem dengan hanya minum air selama 15 hari berturut-turut. Wanita berusia 31 tahun dari wilayah Henan itu dilaporkan mengalami mengalami kesukaran berjalan dan kemerosotan daya ingatan selepas menjalani puasa ekstrem itu yang menyaksikan berat badannya susut 20 kilogram (kg). Wanita itu sebelum ini mempunyai berat 70kg dengan ketinggian 160 sentimeter (cm).
Aliff Iman tutup tirai SUKIPT dengan rekod
KUALA LUMPUR: Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM), Aliff Iman Mohd Fahimi menutup tirai penampilan terakhirnya di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 dengan bergaya apabila membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki meraih emas sambil mencipta rekod baharu temasya, hari ini.
Iran sifatkan video AI Trump mengenai Pulau Kharg melucukan
DUBAI: Seorang pegawai Iran menyifatkan hantaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaparkan klip video dijana kecerdasan buatan (AI) yang didakwanya menunjukkan hab minyak di Pulau Kharg hancur, sebagai amat melucukan. Beberapa jam selepas hantaran Trump pada Ahad, tiada bukti menunjukkan Pulau Kharg telah diserang. “Pulau Kharg sedang hancur berkecai!!! Presiden DJT,” tulis Trump menerusi platform Truth Social pada Ahad tanpa memberikan butiran lanjut.
18,314 serbu Zoo Melaka, beratur seawal 6.30 pagi
MELAKA: Seramai 18,314 pengunjung membanjiri Zoo Melaka di sini sempena Program Kemasukan Percuma sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 hari ini. Jumlah berkenaan direkodkan apabila pintu Zoo Melaka ditutup tepat pada pukul 4 petang tadi, sekali gus jauh mengatasi sasaran awal 10,000 pengunjung. Menurut jurucakap Zoo Melaka, sambutan luar biasa itu turut menyaksikan kehadiran pengunjung dari beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Indonesia, AS mulakan latihan perkukuh pertahanan Indo-Pasifik
BANDUNG: Indonesia, Amerika Syarikat (AS) dan lebih 12 negara sekutu pada Isnin memulakan latihan ketenteraan bersama tahunan bagi meningkatkan keupayaan pertahanan serta mencegah pencerobohan di rantau Asia-Pasifik. Jakarta mengekalkan dasar luar berkecuali yang disifatkannya sebagai bebas dan aktif, sambil mengimbangi hubungan diplomatik dengan Washington dan Beijing. Negara Asia Tenggara itu pada bulan ini mengadakan latihan tentera laut bersama China yang dikecam Taiwan sebagai satu provokasi.