Firdaus Azil
Verified
Covers:
news, humanitarian crisis, politics, malaysia, landslide, search and rescue
Doesn't Cover:
entertainment
📡 On air @501Awani | Political insights & analysis 🗳️ | Policy detective | Latte lover ☕ | #Politics #Journalism
Articles by Firdaus Azil
Belanjawan 2027: Belia perlu ekosistem kemahiran, elak perangkap 'underemployment'
Kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 bermula Jun 2027, yang disasarkan kepada syarikat dengan pendapatan RM50 juta ke atas, serta peluasan perlindungan sosial memberi suntikan positif, namun ia menuntut sokongan ekosistem kemahiran menyeluruh agar manfaat itu dirasai lebih ramai pekerja muda.
Penggunaan AI, IoT diperluas dalam perancangan dan selenggara jalan raya - Nanta
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) kini memperluas integrasi teknologi canggih termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan Internet Kebendaan (IoT) dalam ekosistem perancangan, pengurusan serta penyelenggaraan rangkaian jalan raya di seluruh negara. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah pendigitalan itu merangkumi semua peringkat rangkaian jaringan jalan termasuk Jalan Persekutuan, jalan negeri mahupun di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Belanjawan 2027: Pengumuman 'saat akhir', PM umum Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam, pesara
KUALA LUMPUR: Seperti menjadi kelaziman yang dinanti-nantikan warga perkhidmatan awam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minit-minit terakhir pembentangan Belanjawan 2027 mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam. Bantuan khas itu membabitkan kakitangan awam Persekutuan Gred Utama B dan ke bawah, termasuk mereka yang berstatus lantikan kontrak, sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti kepada negara.
Belanjawan 2027: Di sebalik tekanan global, hasil negara diunjur meningkat ke RM380.8 bilion - PM Anwar
KUALA LUMPUR: Di sebalik gejolak ketidaktentuan ekonomi dunia dan kenaikan kos subsidi bahan api susulan konflik Asia Barat, hasil Persekutuan bagi tahun 2027 diunjur terus meningkat kepada RM380.8 bilion. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan 2027: Kempen Tahun Melawat Malaysia dilanjut tahun depan, peruntukan RM935 juta
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melanjutkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) sehingga tahun hadapan dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM935 juta bagi merancakkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
KUALA LUMPUR: Isu kesesakan lalu lintas di selatan tanah air dan bencana banjir kilat di kawasan bandar mendapat perhatian khusus dalam Belanjawan 2027 menerusi beberapa pelaksanaan projek pengangkutan serta infrastruktur mitigasi air. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan 2027: Isu doktor kontrak dinoktahkan, lebih 9,000 diserap ke jawatan tetap
KUALA LUMPUR: Kemelut pegawai perubatan kontrak yang berlarutan sejak sekian lama akhirnya menemui titik noktah apabila kerajaan mengumumkan pelantikan tetap bagi semua doktor yang menamatkan latihan siswazah. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat. Menurut Anwar, bagi tahun 2027 sahaja, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap.
Belanjawan 2027: Sabah terima RM18.7 bilion, Sarawak RM16.2 bilion catat peruntukan tertinggi
KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak terus mencatatkan agihan peruntukan Persekutuan tertinggi dalam Belanjawan 2027 masing-masing berjumlah RM18.7 bilion dan RM16.2 bilion. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kelima di Dewan Rakyat pada Jumaat. Menurut beliau, komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah sebahagian daripada tanggungjawab nasional yang wajib dilaksanakan secara saksama.
Belanjawan 2027: Pakej RM160 juta Kerajaan-Grab bela pekerja gig, auto-daftar KWSP seawal usia 18 tahun
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersama syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran, Grab, bersetuju membiayai pakej khas bernilai RM160 juta bermula tahun 2027 bagi menambah baik kebajikan serta meningkatkan pendapatan bersih pekerja sektor gig di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan 2027: Peruntukan cecah RM459.8 bilion, gaji minimum naik RM2,000, pelepasan cukai M40 dinaikkan
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi Belanjawan 2027, meningkat sebanyak RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI Kelima bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" itu memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang upah rakyat di samping menstruktur semula sistem percukaian negara.
Radzi gesa kerajaan naikkan elaun penjawat awam dalam Belanjawan 2027
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyemak dan menaikkan kadar elaun penjawat awam, khususnya Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), supaya lebih selari dengan peningkatan kos sara hidup semasa. Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius memandangkan kadar elaun sedia ada dilihat tidak lagi mencerminkan kos sebenar yang ditanggung penjawat awam.
'Sekolah sepatutnya tempat selamat' - Onn Hafiz sayu ziarah keluarga arwah Irene Sofiya
BATU PAHAT: Pemergian tragis pelajar Tingkatan Empat di Yong Peng beberapa hari lalu bukan sahaja meninggalkan luka mendalam buat keluarga mangsa, malah turut menyentuh naluri keibubapaan kepimpinan tertinggi negeri Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan rasa sayu sejurus berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, termasuk bapa, datuk serta neneknya hari ini.
'Jangan sekadar ucapan takziah' - Muhyiddin gesa audit keselamatan, mekanisme buli di sekolah diperketat
KUALA LUMPUR: Pemergian tragis pelajar Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, tidak wajar berakhir dengan sekadar ucapan takziah semata-mata tanpa langkah pembetulan drastik dilaksanakan. Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak harus menunggu sehingga proses siasatan polis selesai untuk mengambil tindakan pencegahan terhadap sebarang kelemahan keselamatan di institusi pendidikan.
Hampir 37% bakat mahir tidak bekerja, jurang infrastruktur negeri cabaran besar - KESUMA
Di sebalik kepesatan gelombang Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi yang melanda pasaran buruh, Malaysia berdepan realiti membimbangkan apabila hampir 37 peratus pekerja berkemahiran direkodkan tidak bekerja pada suku tahun 2026. Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai amaran jelas terhadap isu ketidakpadanan kemahiran dan peluang pekerjaan dalam pasaran semasa negara.
Teknologi jangan sampai 'menjajah' dan jejas punca rezeki tempatan - Fahmi
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengingatkan bahawa kepesatan teknologi baharu termasuk Kecerdasan Buatan (AI) serta platform digital asing tidak seharusnya dibiarkan beroperasi tanpa kawal selia sehingga menjejaskan ekosistem perniagaan dan punca pendapatan rakyat tempatan. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penguasaan inovasi seperti AI sewajarnya dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti serta kecekapan aliran kerja, bukannya menggantikan tenaga kerja manusia secara membuta tuli.
Permohonan politeknik melonjak 132%, pelajar sastera bukti keupayaan bidang kejuruteraan - KPT
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Nasional 2026–2035 yang baharu bagi mereformasi ekosistem pengajian tinggi negara agar lebih anjal mendepani perubahan teknologi dan pasaran pekerjaan masa hadapan.
Kes Irene Sofiya: PSIMA gesa wujudkan Infrastruktur Psikologi Nasional
KUALA LUMPUR: Rentetan insiden keganasan dan kehilangan nyawa di kawasan sekolah mutakhir ini wajar menjadi 'red alarm' kepada negara agar tidak lagi memandang ringan krisis kesihatan mental generasi muda sebagai isu disiplin semata-mata.
Kes Irene Sofiya: Armada gesa reformasi keselamatan sekolah, pasang CCTV di 'titik buta'
KUALA LUMPUR: Tragedi menyayat hati yang meragut nyawa seorang pelajar Tingkatan Empat di Yong Peng, Johor, perlu menjadi titik tolak kepada pelaksanaan reformasi keselamatan menyeluruh di seluruh institusi pendidikan negara.
[TERKINI] Pelajar maut di Batu Pahat: 'Jangan sembunyikan apa-apa, tindakan tegas jika cuai' - Fadhlina
YONG PENG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud kecuaian berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, semalam.
Pelajar maut di Batu Pahat: 'Jangan sembunyikan apa-apa, tindakan tegas jika cuai' - Fadhlina
YONG PENG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud kecuaian berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, semalam.
[TERKINI] Pelajar maut di Batu Pahat: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Menerusi hantaran di akaun media sosial rasminya hari ini, beliau menzahirkan rasa amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa, Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.
Pelajar maut di Batu Pahat: PM arah siasatan segera, menyeluruh dan telus
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Menerusi hantaran di akaun media sosial rasminya hari ini, beliau menzahirkan rasa amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa, Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal.
Pelajar maut di Batu Pahat: KPM digesa beri penjelasan segera - Radzi Jidin
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa tampil memberikan penjelasan segera berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor petang semalam. Ahli Parlimen Putrajaya yang juga mantan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ketiadaan kenyataan rasmi daripada pihak kementerian sehingga pagi Ahad menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat umum.
Pelajar maut di Yong Peng: Polis Johor minta ruang jalankan siasatan
YONG PENG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor meminta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat petang tadi.
[TERKINI] Pelajar maut di Yong Peng: Polis Johor minta ruang jalankan siasatan
YONG PENG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor meminta orang ramai dan pihak media memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat petang tadi.
PRU Israel: Blok 12 kerusi Arab penentu 'nyawa' politik Netanyahu di Knesset
KUALA LUMPUR: Kelangsungan politik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini berada di ambang bahaya menjelang pemilihan Parlimen (Knesset) ke-26, dengan tinjauan umum terbaharu meramalkan gabungan pemerintah bakal berdepan jalan buntu untuk meraih ambang majoriti 61 kerusi. Keadaan itu menyaksikan blok 12 kerusi yang diwakili parti-parti Arab Israel diramal menjadi 'kingmaker' atau kuasa penentu sama ada legasi pemerintahan Netanyahu mampu bertahan atau tumbang sepenuhnya.
'Saya tak boleh biar sesiapa mati' - Juruterbang flydubai imbas detik cemas ditikam pembantu di kokpit
ABU DHABI: "Saya tak boleh biar sesiapa mati". Berikut kata-kata azimat yang terngiang-ngiang dalam fikiran Kapten Smit Machchhar tatkala beliau berlumuran darah dan bergelut membuka pintu kokpit selepas ditikam oleh pembantu juruterbangnya sendiri dalam penerbangan flydubai dari Dubai ke Tel Aviv pada Rabu lalu.
Jerebu: Pelari maraton, individu cergas tetap berdepan risiko kesihatan - Pakar
KUALA LUMPUR: Individu yang aktif bersukan atau berstatus atlet larian maraton tetap terdedah kepada ancaman kesihatan akibat jerebu sama seperti orang awam, tegas Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Adil Zainal Abidin. Menyangkal tanggapan bahawa kecergasan fizikal memberi kekebalan terhadap pencemaran udara, beliau menjelaskan bahawa kapasiti paru-paru yang sihat tidak mengurangkan risiko sekiranya terdedah kepada partikel jerebu.
Akaun WhatsApp digantung: Meta minta tempoh hingga 2 Okt - MCMC
KUALA LUMPUR: Penyedia platform teknologi dan syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms Inc (Meta) memohon tempoh sehingga 2 Oktober ini untuk mengemukakan maklum balas kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung isu akaun WhatsApp pengguna yang dilaporkan digantung, tidak lagi boleh diakses serta diceroboh tanpa kebenaran.
'One data, one standard': KKR satukan data jalan raya negara, lima lagi negeri bakal sertai - Nanta
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang giat membangunkan platform rujukan data jalan raya nasional bagi menyatukan maklumat aset jalan di bawah satu ekosistem bersepadu merentasi peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah menerusi Agenda Data Nasional MYJalan itu bermatlamat menamatkan isu kekeliruan bidang kuasa penyelenggaraan serta mempercepat tindakan pembaikan demi keselamatan pengguna.
Pelaksanaan MLFF guna model rundingan B2B, JustGO jadi pembuka tirai ujian di PLUS - Nanta
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya negara tidak akan dilakukan secara tergesa-gesa, sebaliknya berasaskan model rundingan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) membabitkan semua syarikat konsesi. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan peralihan kepada sistem tol tanpa palang berkenaan berjalan lancar tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengguna lebuh raya.
Aliran tunai Astro cecah RM113 juta, transformasi pacu daya tahan syarikat
KUALA LUMPUR: Langkah berterusan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) memperkukuh kecekapan operasi serta memperluas segmen penstriman, membuahkan hasil positif apabila Kumpulan berjaya menjana aliran tunai bebas yang kukuh berjumlah RM113 juta, bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 31 Julai 2026 (Q2FY27).
"Saya tak sangka dia akan meninggal dunia hari ini..." - Rintihan hiba Tun M rungkai detik perpisahan terakhir
KUALA LUMPUR: "I didn't expect her to die... today. She was quite well last night" ("Saya tidak sangka dia akan meninggal dunia... hari ini. Keadaannya agak baik malam tadi"). Demikian luahan sayu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tatkala menerima keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, merungkai rasa terkejut dan duka yang amat mendalam atas pemergian permaisuri hatinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada Isnin.
Persiapan pengebumian di Pusara Negara, jenazah dijangka tiba 5 petang
PUTRAJAYA: Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara untuk Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kini berada di fasa akhir di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20 petang ini. Tinjauan Astro AWANI di tapak perkuburan mendapati sebuah khemah putih didirikan di kawasan liang lahad bagi memberi perlindungan dan teduhan sepanjang proses penggalian dijalankan.
[TERKINI] Persiapan pengebumian di Pusara Negara, jenazah dijangka tiba 5 petang
PUTRAJAYA: Persiapan bagi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara untuk Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kini berada di fasa akhir di Pusara Negara, Tanah Perkuburan Presint 20 petang ini. Tinjauan Astro AWANI di tapak perkuburan mendapati sebuah khemah putih didirikan di kawasan liang lahad bagi memberi perlindungan dan teduhan sepanjang proses penggalian dijalankan.
PERSADA: Masa menunggu pesakit bakal singkat kurang sejam, kerajaan peruntuk RM1 bilion
PADANG BESAR: Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) dijangka mampu memendekkan tempoh masa di klinik dan hospital dengan sasaran majoriti pesakit menerima rawatan dalam tempoh kurang daripada satu jam apabila dilaksanakan kelak.
Ubat melalui pos percuma bermula 1 Okt, masa menunggu di klinik kini kurang sejam - Fahmi
PADANG BESAR: Pesakit di seluruh negara tidak perlu lagi membayar kos penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) berikutan perkhidmatan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bermula 1 Oktober ini. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut yang dibiayai menerusi dana RM5 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), merupakan sebahagian daripada usaha pemerkasaan sistem kesihatan digital negara.
Tragedi buli SMK Za'ba: Fadhlina jawab tujuh saranan Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil memperincikan langkah-langkah komprehensif Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menjawab tujuh saranan radikal yang dikemukakan Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung isu buli di sekolah. Tegas beliau, KPM sememangnya sedang dan telah menggerakkan pelbagai inisiatif termasuk penguatkuasaan Akta Antibuli 2026, penambahan pemantauan fizikal, serta amaran keras terhadap mana-mana pihak yang cuba menutup kes.
MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang - AGC
PUTRAJAYA: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mahupun Penasihat Undang-Undang Negeri terbabit. Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, ia berpandangan bahawa sebarang urusan berkaitan pelantikan serta penggantungan kedua-dua jawatan kanan itu terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa suruhanjaya perkhidmatan berkaitan, dan bukannya pihak berkuasa negeri.
Festival Sungai Melaka 2026: 30 perahu berhias semarakkan Sungai Linggi, tarik lebih 50,000 pengunjung
ALOR GAJAH: Festival Sungai Melaka 2026 mencipta kelainan tersendiri apabila buat julung kalinya diperluas ke ketiga-tiga daerah di Negeri Melaka dengan merekodkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjurannya.
Keputusan Anthony Loke tawar letak jawatan muktamad, perlu dihormati - Hannah
KUALA LUMPUR: Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan merupakan keputusan muktamad yang dicapai oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu. Pemimpin kanan DAP yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti, Hannah Yeoh menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas CEC mengadakan mesyuarat panjang serta mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan dalaman.
Program Sahabat Haji catat sumbangan lebih RM6.4 juta, bantu kebajikan jemaah
KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) menerima sumbangan bernilai lebih RM6.4 juta menerusi Program Sahabat Haji TH bagi membantu persediaan keperluan musim haji 1447H/2026M yang lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, sumbangan tersebut disalurkan oleh 29 buah syarikat korporat dan sektor swasta dalam usaha meningkatkan kebajikan serta keselesaan jemaah di Tanah Suci.
Hubungan Pas-Bersatu ‘berakhir’, mesyuarat Majlis Tertinggi PN ditangguh
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional yang sepatutnya diadakan pada malam ini (20 September 2026), telah ditangguhkan ke suatu tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak. Penangguhan itu dinyatakan menerusi satu surat bertarikh 15 September yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Menurut surat berkenaan, keputusan menangguhkan mesyuarat dibuat oleh Pengerusi PN selepas mengambil kira alasan-alasan yang wajar.
Kerjasama dengan PH? 'Saya tak sebut satu-satu, saya sebut semua' – Muhyiddin
PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan perbincangan kerjasama politik baharu turut membabitkan Pakatan Harapan (PH). Mengulas mengenai kiasan wujudnya 'lambaian' dan pihak yang mula 'melamar' Bersatu, bekas Perdana Menteri itu menegaskan partinya mengambil sikap terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak demi kelangsungan parti.
Kerjasama politik Bersatu-Pas sudah berakhir - Muhyiddin
PETALING JAYA: Kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kini disahkan berakhir secara rasmi, sekali gus merungkai tanda tanya mengenai keretakan hubungan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penamatan hubungan itu diputuskan sepenuhnya oleh parti Islam berkenaan dan bukannya atas kehendak Bersatu. "Tak perlu saya komen, dah lama dah berlaku. Dah dilakukan oleh Pas. Kita tidak buat keputusan itu.
Muhyiddin beri bayangan akan ada rundingan politik dengan parti tertentu
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpinnya kini diibaratkan seperti 'dara sunti', dan hampir dilamar oleh pelbagai pihak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Presiden Bersatu itu berkata, dinamik politik semasa yang tidak menentu telah membuka ruang perbincangan baharu dan pihaknya bersedia meneroka sebarang potensi gabungan demi survival dan masa depan parti.
Bakal ada penjajaran baharu? Azmin dedah Bersatu mula 'digamit' pelbagai pihak
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi bayangan terbuka terhadap sebarang kemungkinan jalinan kerjasama politik baharu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan, parti itu kini mula didekati dan 'digamit' oleh pelbagai pihak yang cuba meninjau langkah politik Bersatu.
Pegawai penjara lawat kediaman Najib di Langgak Duta
KUALA LUMPUR: Suasana di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini, mencuri tumpuan hari ini susulan kehadiran beberapa pegawai daripada Jabatan Penjara Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tinjauan pengamal media di lokasi mendapati kehadiran kenderaan pihak berkuasa termasuk van balai polis bergerak dan kereta peronda di hadapan pos kawalan kediaman berkenaan.
Kuasa pengampunan bukan atasi undang-undang, tapi sebahagian daripadanya – Azalina
KUALA LUMPUR: Kuasa pengampunan yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu tindakan yang melangkaui atau mengatasi undang-undang, sebaliknya merupakan sebahagian daripada kerangka undang-undang tertinggi negara itu sendiri. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, naratif yang cuba menggambarkan pelaksanaan prerogatif Perlembagaan itu sebagai tindakan "mengatasi undang-undang" adalah tersasar dan tidak tepat dari sudut perundangan.
[KOLUMNIS] Diplomasi Lautan Hindi: Begitu remehkah pengaruh 'geopolitik Malaysia' di mata kita?
MALé: Apabila sebuah pesawat rasmi kerajaan merentasi benua membawa rombongan diplomasi peringkat tertinggi, ukuran kejayaannya tidak pernah terletak pada selfie bersama selebriti atau riuh-rendah media sosial. Ia dinilai menerusi pengisian dan hasil lawatan seperti perjanjian dagang yang dimeterai; laluan eksport baharu yang dibuka; dan sudah pasti pengaruh geopolitik yang berjaya dipertaruhkan demi kepentingan nasional.
Show More
loading
Actions
Get in touch with Firdaus
Contact Firdaus, search articles and posts on X, monitor coverage, and track replies from one place.
Learn more about Muck Rack