G Manimaran
As seen in:
Malaysiakini,
Astro AWANI,
Berita Harian,
Sinar Harian,
The Malaysian Insight,
Sinar Daily
Is this you? As a journalist, you can create a free Muck Rack account to customize your profile, list your contact preferences, and upload a portfolio of your best work.
Claim your profile
Articles by G Manimaran
[KOLUMNIS] ‘Belanjawan bukan sekadar dokumen, tapi Waad Nasional besar’
BELANJAWAN 2027 yang dinantikan oleh rakyat sudah pun disajikan. Pada petang Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membentangkan bajet tahunan yang terbesar dalam sejarah negara, menekankan satu perkara penting. Beliau menggambarkan belanjawan bukan sekadar satu dokumen kemajuan negara dan rakyat, tetapi satu “Waad Nasional” atau “pernyataan moral.” Sebenarnya apa yang dikatakan oleh beliau ada kebenaran. Kita menguruskan wang yang diamanahkan oleh rakyat.
[KOLUMNIS] Teras lakar semula pembangunan negara bermula, harapan rakyat tinggi
Secara keseluruhan harapan rakyat bagi lima tahun akan datang merangkumi usaha-usaha mengawal kos sara hidup lebih berkesan. - Gambar hiasan INSTITUT Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya telah mengadakan sejumlah siri sesi libat urus dan perbincangan kumpulan berfokus (FGD) di seluruh negara setakat ini bagi mendapatkan input berkaitan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Ia sebahagian daripada pendekatan jerayawara dengan kerjasama Kementerian Ekonomi.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2026 pembuka tirai RMK13
Belanjawan 2026 hadir ketika mood rakyat masih dibayangi dengan pemberian beberapa insentif termasuk bayaran khas RM100 dan pembelian minyak RON95 yang dijual pada harga RM1.99 seliter. - Gambar hiasan DALAM beberapa jam lagi Belanjawan 2026 bakal dibentangkan.
[KOLUMNIS] RMK13 lain daripada lain?
Laporan dua Rancangan Malaya dan 12 Rancangan Malaysia yang telah mewarnai pembangunan dan pertumbuhan negara sejak tahun 1956. - Foto Manimaran DALAM 30 bulan lagi negara akan menyambut ulang tahun ke-70 kemerdekaan atau Hari Kebangsaan. Tahun kedua sebaik Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dilaksanakan kelak, bagi tempoh lima tahun dari 2026-2030. Pada hari ini kita sudah mula bercakap mengenai rupa wajah RMK13, yang sedang digubal, terutama melibatkan pembuat dasar dan industri.
[KOLUMNIS] Menjamin pendapatan bermaruah sepanjang hayat
Sejak dua dekad lalu, simpanan KWSP telah menjadi sumber pilihan untuk dikeluarkan dan ia dibenarkan oleh kerajaan, ketika belum usia bersara mandatori. - Gambar hiasan KIRA-KIRA dua tahun lalu, dua rakan saya berkongsi idea untuk membangunkan rumah berteduh untuk warga emas. Pandangan kedua-dua mereka ada asasnya. Malah, ia seolah-olah menjadi satu keperluan wajib jika mengambil kira perkembangan semasa, bukan sahaja di Malaysia, malah di kebanyakan negara.
Nilai ekonomi, nilai nyawa kemalangan maut
SAYA tertarik dengan tulisan Mohd Fudzail Mohd Nor bawah tajuk “pemandu bas disokong sistem rapuh”, kelmarin. Tulisan beliau menggambarkan situasi semasa sebenar yang mengerikan. Saya pasti ramai yang akan bersetuju dengan hujah beliau, dan juga pendirian saya. Hari ini ramai yang semakin takut untuk memandu. Fobia dengan karenah pemandu kita – sekecil-kecil penunggang motosikal, sehingga pemandu kenderaan berat. Sebelum lebuh raya diperkenalkan di negara orang kata jalan raya tidak selamat.
Krisis politik dan keunikan Al-Sultan Abdullah
Krisis politik dan keunikan Al-Sultan Abdullah G Manimaran Dikemas kini 8 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 11:27AM · Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengakhiri pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2024.
Wakil rakyat perlu profesional, berintegriti tinggi
LANDSKAP politik negara terus bergelora. Dua minggu pertama habis dan diluangkan hanya kerana Langkah Dubai. Cerita mengenai ‘langkah’ terbaharu itu masih kedengaran. Bukan sahaja terus mengisi ruang media massa, malah di setiap lapisan kehidupan kita, terutama mereka yang meminati dan mengikuti dengan dekat politik negara. Nampaknya belum ada noktah. Cerita mengenai Langkah Dubai terus diberi nyawa menerusi pelbagai sudut. Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan.
Sarawak guru politik baharu Malaysia?
Sarawak guru politik baharu Malaysia? G Manimaran Dikemas kini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 8 Jan 2024 11:00AM · Sehingga kini Sarawak kekal sebagai deposit undi dan sokongan bagi kesemua parti atau gabungan yang berhasrat untuk membentuk kerajaan pusat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Januari, 2024.
Langkah Dubai, politik tahun kedua belum tentu stabil
KETENANGAN hari-hari terakhir tahun 2023 terhakis dengan khabar mengenai kewujudan satu lagi ‘langkah politik’. Langkah terbaharu yang dikatakan mahu menggulingkan kerajaan. Kali ini diberi nama jolokan Langkah Dubai. Selepas Langkah Sheraton yang mengejutkan dunia politik pada awal 2020, menjadi heboh Langkah London dan Langkah Jakarta. Kedua-dua Langkah London dan Jakarta muncul sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022.
Bentuk badan khas persempadanan semula, bebaskan fungsi SPR
Bentuk badan khas persempadanan semula, bebaskan fungsi SPR G Manimaran Dikemas kini 9 minit yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 9:36AM · PROSES persempadanan semula bahagian pilihan raya kekal menjadi satu isu dan kembali menjadi isu. Terutama sejak lebih tiga dekad yang lalu. Dalam kita bergerak ke arah amalan demokrasi lebih matang, perkara ini tidak seharusnya menjadi satu isu. Perkara ini menjadi lebih serius apabila dikaitkan dengan politik kaum dan agama.
KL rintis pilihan raya PBT: Mengapa tidak!
KL rintis pilihan raya PBT: Mengapa tidak! G Manimaran Dikemas kini 4 minit yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 11:27AM · CADANGAN supaya mengaktifkan semula pilihan raya kerajaan tempatan kembali segar. Semalam, Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai mencadangkan kerajaan memulakan pilihan raya tempatan melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi “merakyatkan demokrasi”.
Rombakan Kabinet 'hadiah tahun baharu' PMX?
Rombakan Kabinet 'hadiah tahun baharu' PMX? G Manimaran Dikemas kini 9 minit yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 9:22AM · Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kabinet pimpinannya berdepan cabaran besar sepanjang tahun pertama kerajaan perpaduan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2023. TEKA-TEKI mengenai rombakan Kabinet akhirnya akan menjadi kenyataan dalam beberapa jam lagi.
Undi Dr Sam, calon ‘PM’ patut lebih tinggi
Undi Dr Sam, calon ‘PM’ patut lebih tinggi G Manimaran Dikemas kini 3 minit yang lalu · Diterbitkan pada 4 Dec 2023 12:54PM · PILIHAN raya kecil (PRK) Kemaman yang berlangsung Sabtu lalu merupakan yang terakhir untuk tahun ini. Setakat ini belum ada kekosongan mengejut yang memerlukan satu lagi PRK diadakan dalam tempoh tiga minggu sebelum 2023 menurut tirai. Enam PRK telah diadakan pada tahun ini.
Peluang Anwar pulihkan populariti
Peluang Anwar pulihkan populariti G Manimaran Dikemas kini 7 minit yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 10:19AM · DUA minggu lalu saya menulis bahawa Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya perdana menteri yang berhadapan dengan ujian getir yang besar sepanjang satu tahun pertama diangkat ke jawatan itu. Isu demi isu dan kritikan demi kritikan. Begitu juga arus persepsi. Ia disusuli dengan hasil kajian umum Merdeka Center baru-baru ini.
Tangani hampa kuasa pilihan raya demokrasi
SEMALAM genap setahun negara mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tanggal 24 November ini, maka genaplah kerajaan perpaduan dibentuk dengan Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-10, sekali gus membawa formula penyelesaian kepada situasi Parlimen tergantung yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah demokrasi negara.
Drama politik pasca-PRU14 kembali
MENJELANG ulang tahun pertama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Ahad ini, negara dikejutkan dengan satu lagi perkembangan politik. Empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mewakili Bersatu bertindak menyokong kerajaan perpaduan. Bagi Bersatu perkembangan ini satu lagi tragedi politik selepas empat wakil rakyat dari Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memutuskan untuk tidak lagi bersamanya sejak Disember lalu.
Pecat wakil rakyat yang gagal
Pecat wakil rakyat yang gagal G Manimaran Dikemas kini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 6 Nov 2023 7:00AM · Wakil rakyat perlu hadir setiap sidang Parlimen setiap hari kecuali ada urusan yang tidak dapat dielakkan ataupun sakit. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 November, 2023. SEPANJANG khidmat sebagai wartawan dan pemerhati pilihan raya, saya telah berpeluang untuk membuat liputan media dan tinjauan umum banyak pilihan raya kecil (PRK).
Setahun selepas PRU15, bulan madu sudah lama berakhir
Setahun selepas PRU15, bulan madu sudah lama berakhir G Manimaran Dikemas kini 5 minit yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 11:00AM · Pilihan raya, sama ada peringkat nasional mahupun negeri, seharusnya membawa kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan lebih baik untuk rakyat dan negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2023. DALAM dua minggu lagi akan genap satu tahun Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dipanggil dan dilangsungkan.
Hadi yang unik dan PAS yang perlu lebih inklusif
BUAT julung kali PAS mendapat sokongan undi dan moral yang amat luar biasa daripada pengundi bukan Melayu-Islam ketika Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008. Semasa PRU itu, tiga buah parti utama pembangkang menjalin kerjasama politik yang amat luar biasa, iaitu DAP, PAS dan PKR membentuk Pakatan Rakyat (PR). Ramai bukan Melayu-Islam membawa bendera PAS semasa tempoh berkempen dan juga ketika pada hari pengundian.
YB, jangan lupa bangkit perkasa undang-undang pilihan raya
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2024 Jumaat lalu dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah kewangan negara. Peruntukan keseluruhan RM393.8 bilion. Satu jumlah yang dijangkakan mengambil kira keperluan semasa daripada pelbagai sudut. Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu (1) minggu akses percuma! Langgan sekarang!
Congak-congak GPS kekal kuasa 2026
SEJAK seminggu lalu dua aspek yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan telah menarik perhatian dalam politik negara. Kedua-duanya juga ada hubung kaitan dengan pilihan raya dan sejauh mana boleh dieksploitasi untuk menawan hati pengundi lalu kekal berkuasa. Di peringkat Sarawak, Premiernya Abang Johari Openg mengumumkan bahawa pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu untuk anak jati negeri dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2026.
Calon bersih, pilihan raya bersih
SEMALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meraikan ulang tahun penubuhan ke-56. Dua hari lalu, ketua pesuruhjayanya Azam Baki memberitahu bahawa pihaknya tiada kuasa dalam menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Seterusnya beliau menjelaskan bahawa kuasa itu terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku pengawal atur urusan pilihan raya. Betul kata Azam.
Sistem CLPR ganti PRK untuk jamin kestabilan politik?
SATU lagi musim pilihan raya kecil (PRN) berlangsung, kali ini melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang, hampir dua minggu selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram. Ketiga-tiga PRK susulan pemergian wakil rakyat, menyebabkan kekosongan mengejut. Semasa sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul dilaporkan telah mengarahkan semua ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan.
Sabah di ambang PRN 'mengejut'?
SABAH senantiasa mendapat perhatian khusus dalam landskap pilihan raya. Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat nasional. Dari dahulu sehingga sekarang. Banyak kali, Sabah sudah menjadi daya tarikan dalam kalangan pemegang taruh dalam pelbagai sudut, termasuk kekerapan dilangsungkan pilihan raya umum mengejut.
Trend keluar undi negatif, ROI tidak berbaloi
PARLIMEN kembali bersidang hari ini. Sidang yang keempat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung penghujung tahun lalu. Sabtu lalu berlangsung dua lagi pilihan raya kecil (PRK) selepas pasca-PRU15. Beberapa kesudahan yang diramalkan telah menjadi kenyataan. Pun begitu trend peratusan keluar mengundi terus menjadi tanda tanya dan mencetuskan kebimbangan di sebalik pendaftaran pemilih secara automatik.
Pilihan raya gagal satukan rakyat
KITA baharu sahaja menyambut ulang tahun hari kemerdekaan, kali ke-66. Pada tanggal 16 September kita akan menyambut ulang tahun pembentukan Malaysia. Kedua-dua sambutan itu penting lagi signifikan. Setiap sambutan mempunyai tema masing-masing yang bertujuan mengeratkan semangat kekitaan, sekali gus menjadi sumber kekuatan kepada perpaduan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan.
Formula Razak boleh selamatkan BN?
SEJAK lima tahun lalu, khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedudukan masa depan Barisan Nasional (BN) terus menjadi bahan perbualan, perbincangan dan debat tanpa henti. Salah satu daripada arus persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada ia masih relevan dalam landskap politik semasa. Apabila berbicara tentang BN, fokus turut menjurus kepada kedudukan tiga parti pengasasnya iaitu Umno, MCA dan MIC.
Minda tenang undi wakil rakyat tepat?
AKTA Kesalahan Pilihan Raya 1954 mentakrifkan ‘tempoh berkempen’ sebagai satu jangka masa ‘mana-mana calon atau ejen pilihan rayanya dibenarkan mengadakan kempen pilihan raya di dalam bahagian pilihan raya calon itu (bertanding), iaitu tempoh yang bermula dari masa pegawai pengurus mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan di dalam bahagian pilihan raya yang baginya dia dilantik dan berakhir apabila tamat hari sebelum hari mengundi’.
Undang-undang antilompat parti bakal teruji?
DALAM satu tulisan di Facebook, Timbalan Speaker Dewan Negara, Nur Jazlan Mohamed mencetuskan satu perkara menarik: “.. buat masa sekarang ini saya percaya Kerajaan Perpaduan masih selamat kerana adanya akta antilompat parti. Tapi tak tahulah kalau ada MP (Ahli Parlimen) Umno yang sanggup nak letak jawatan dan cetuskan (pilihan raya kecil) PRK lagi.
PRN: 10 pengajaran perkasa pilihan raya demokratik
PRN: 10 pengajaran perkasa pilihan raya demokratik G Manimaran Dikemas kini 8 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 7:15AM · PRN sekali lagi menunjukkan kuasa dan hak yang digunakan dengan penuh tanggungjawab boleh membawa kepada landskap pilihan raya lebih baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2023. SEKALI lagi Menteri Besar Kedah sementara Muhammad Sanusi Md Nor mencuri perhatian ramai.
Malaysia negara pelbagai kaum, raikan kepelbagaian
PADA Sabtu lalu 5 Ogos, saya berpeluang menghadiri majlis pelancaran buku Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Majlis pelancaran berlangsung tiga hari selepas sambutan ulang tahun ke-50 memperingati pemergian Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri. Majlis disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sendiri.
Bila mahu noktahkan rasuah pilihan raya?
Bila mahu noktahkan rasuah pilihan raya? G Manimaran Dikemas kini 7 minit yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 11:00AM · Soal rasuah dan sogokan semasa tempoh berkempen musim pilihan raya sering menjadi isu, diperkatakan dan dibangkitkan, khususnya oleh calon dan parti lawan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2023. DUA hari pertama kempen 14 hari pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri telah berlalu. Fasa pertama pertarungan sengit. Nampaknya satu isu yang sama berulang.
Magis kepemimpinan menteri Menu Rahmah
KETIKA sedang menyusun idea untuk mengisi ruang minggu ini, saya, seperti ramai rakan lain, telah dikejutkan dengan khabar sedih. Negara kehilangan seorang menteri dan wakil rakyat yang disegani lagi dihormati oleh rakyat pelbagai lapisan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub kembali ke rahmatullah. Khabar ini datang ketika ramai menghantar dan berkongsi maklumat tidak sahih dan tidak disahkan mengenai keadaan beliau di media sosial.
Usah bakar isu 3R untuk menang PRN
Usah bakar isu 3R untuk menang PRN G Manimaran Dikemas kini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 11:00AM · PDRM beri amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap parti yang sentuh isu kaum, agama serta institusi diraja sepanjang PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2023. PENAMAAN calon pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri belum pun tiba.
Dilema 2 komponen tertua BN
Dilema 2 komponen tertua BN G Manimaran Dikemas kini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2023 11:00AM · Jika mengambil kira situasi politik semasa Malaysia, MIC dan MCA berada dalam satu kedudukan yang kukuh untuk menunjukkan kedua-dua parti itu penting demi masa depan BN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Julai, 2023. SEMEMANGNYA langkah terbaharu MIC dan MCA bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dua komponen utama dan tertua Barisan Nasional (BN) ini memutuskan untuk tidak bertanding.
Kontroversi kes senator MIC keluar parti di sisi undang-undang
Kontroversi kes senator MIC keluar parti di sisi undang-undang G Manimaran Dikemas kini 3 minit yang lalu · Diterbitkan pada 3 Jul 2023 11:00AM · Tidak sampai dua minggu selepas digugurkan Sivarraajh Chandran memutuskan untuk keluar parti sekali gus menjadi anggota bebas Dewan Negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Julai, 2023. SIVARRAAJH Chandran satu nama tidak asing dalam landskap politik negara. Sepanjang lima tahun lalu nama beliau sering menjadi perhatian dalam pelbagai bentuk.
Belanja pilihan raya: Parti bebas, calon terbatas
Belanja pilihan raya: Parti bebas, calon terbatas G Manimaran Dikemas kini 7 minit yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 11:00AM · Kempen menjelang Pilihan Raya Negeri melibatkan enam negeri sudah pun bermula.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Jun, 2023. SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan raya. Hari penamaan calon juga belum diketahui. Masih terlalu awal lagi. Pun begitu kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri sudah pun bermula.
Politik muak dan kuasa pengundi
Politik muak dan kuasa pengundi G Manimaran Dikemas kini 4 minit yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 11:00AM · Di sebalik pelbagai andaian mengenai peratusan keluar mengundi pada November lalu hanya 75% yang keluar mengundi, jauh lebih rendah berbanding pada tahun 2018. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Jun, 2023. BARU-BARU ini dilaporkan sejumlah besar pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak.
Politiking kanggaru telan politik membina
Politiking kanggaru telan politik membina G Manimaran Dikemas kini 4 minit yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2023 7:00AM · PRU15 pada 19 November lalu diharap akan membawa kepada kestabilan berkekalan selepas era pasca-PRU14 yang gagal membuahkan harapan seperti disasarkan. PERHIMPUNAN Agung Umno hujung minggu lepas menyegarkan kembali memori perjalanan besar parti dominan Barisan Nasional (BN).
Semua parti raikan sogokan terbuka pancing undi
Semua parti raikan sogokan terbuka pancing undi G Manimaran Dikemas kini 27 saat yang lalu · Diterbitkan pada 5 Jun 2023 7:00AM · Ketika PRU15 lalu, buat julung kali, SPR menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke tempat mengundi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Jun, 2023. ENAM bulan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berlalu. Isu rasuah ketika PRU15 masih kendengaran. Pada masa sama, sejumlah petisyen PRU15 didengar mahkamah khas pilihan raya.
Sabah noktahi budaya Adun lompat parti
SABAH sinonim dengan budaya keluar parti. Ia bukan sesuatu yang luar biasa di Negeri Di Bawah Bayu. Laporan mengenai perbuatan keluar parti dan masuk parti lain seringkali muncul dalam media. Malah bilangannya meningkat sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Budaya sedemikian pernah mengubah kerajaan dan ketua menteri dalam beberapa jam pada tahun 2018. Begitu juga ketika pilihan raya umum negeri (PRN) pada tahun 1994, dan punca PRN 2020 diadakan.
Lawan dan kawan – 'untold story' politik Malaysia | The Malaysian Insight
Lawan dan kawan – 'untold story' politik Malaysia G Manimaran Dikemas kini 5 minit yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 9:58AM · MINGGU ini genap enam bulan Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri Malaysia, pemimpin yang ke-10 diangkat ke jawatan tertinggi dalam kerajaan. Satu pelantikan selepas penantian selama suku abad, sejak dipecat sebagai orang nombor dua dalam Umno, Barisan Nasional (BN) dan juga dalam kerajaan sebagai timbalan perdana menteri pada 2 September, 1998.
Undang-undang perangi lompat parti lemah
Undang-undang perangi lompat parti lemah G Manimaran Dikemas kini 2 minit yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 11:00AM · Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar melahirkan pandangan mengenai larangan antilompat parti yang lemah sekali gus memberikan satu perspektif baharu yang tidak diketahui ramai sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2023.
Tarikh sesuai PRN 6 negeri: Awal Ogos?
Tarikh sesuai PRN 6 negeri: Awal Ogos? G Manimaran Dikemas kini 1 minit yang lalu · Diterbitkan pada 8 May 2023 11:00AM · Sekiranya Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan membuarkan DUN masing-masing akhir bulan depan, pengundian dijangka berlangsung awal Ogos. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei 2023. POLITIK Malaysia selalu dikaitkan dengan ‘kempen’ sepanjang masa.
Calon proksi lompat parti wajah baharu demokrasi?
SEJURUS selepas Dewan Rakyat meluluskan peruntukan bagi mengekang dan melarang perbuatan wakil rakyat melompat parti pada tahun lalu, beberapa rakan media dan ahli politik melahirkan kegembiraan dan keyakinan tidak akan ada lagi kes-kes sedemikian. Dalam lain perkataan mereka berpandangan negara berjaya mewujudkan satu kerangka perundangan yang cukup baik bagi menoktahkan usaha mana-mana ahli dewan perundangan untuk keluar parti mereka lalu menyertai pihak lain.
Show More
loading
Actions
Is this you?
As a journalist, you can create a free Muck Rack account to customize your profile, list your contact preferences, and upload a portfolio of your best work.Get in touch with G
Contact G, search articles and posts on X, monitor coverage, and track replies from one place.
Learn more about Muck Rack