Khir Khalid
Actions
Media Outlet details
| Scope | N/A |
|---|---|
| Language | English, Indonesian, Malay |
| Country | Malaysia |
|
Similarweb UVM |
Request pricing |
|
Comscore UVM |
Request pricing |
Recent Articles
Search ArticlesSejarah Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road) Singapura
Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk mencoretkan satu lagi pengalaman iktikaf. Kali ini di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road, Singapura. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Makam Habib Noh yang telah saya kongsikan pada artikel sebelum ini. Ia bukanlah sebuah masjid yang besar berdasarkan keluasan. Namun, masjid ini telah melalui sejarah dengan asal usul yang bermula sejak sekitar tahun 1860-an lagi.
Berziarah Ke Makam Habib Noh Al-Habsyi Di Singapura
Assalamualaikum. Baru-baru ini saya berkesempatan menziarahi Makam Habib Noh Al-Habsyi di Palmer Road, Singapura. Makam seorang ulama dan ahli sufi yang besar jasanya dalam sejarah pengembangan Islam di rantau Nusantara pada abad ke-19. Alhamdulillah, setelah beberapa kali saya berhasrat untuk berkunjung ke sini sekiranya berada di Singapura, akhirnya kali ini dengan izinNya saya dapat meluangkan masa berziarah dan mengabadikan pengalaman tersebut pada artikel ini.
Prosedur Pentauliahan Imam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
Assalamualaikum. Ada cadangan dari rakan-rakan pembaca agar saya berkongsi input tentang prosedur pentauliahan Imam dan Bilal Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Mungkin ia boleh menjadi salah satu rujukan bagi anda yang sedang mencari maklumat ini. Bagi saya, amanah sebagai Imam dan Bilal ini adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia bukan sekadar mengimamkan solat atau melaungkan azan, tetapi ada tertib ilmu, rukun dan adab yang perlu dijaga dalam menyempurnakan setiap tuntutan ibadah.
Seminar Pasca Perkahwinan Anjuran Pejabat Kadi Pontian
Assalamualaikum. Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang menyatukan dua jiwa, malah menggabungkan dua keluarga besar dalam ikatan silaturrahim. Ia lembaran jangka panjang yang menuntut kesefahaman, kerjasama dan tanggungjawab kedua pihak. Secara individu, mempelajari ilmu munakahat (kekeluargaan / perkahwinan) adalah tanggungjawab setiap mukmin. Manakala seorang imam kariah adalah antara individu yang sangat digalakkan untuk memahami ilmu ini dalam membantu masyarakat setempat.
Iktikaf Kedamaian Di Masjid Sultan Singapura
Assalamualaikum. Baru-baru ini saya berpeluang iktikaf di Masjid Sultan. Lantas, saya terpanggil untuk mengabadikan suasana persekitaran yang mendamaikan dalam kesibukan dan arus kemajuan kota Singapura ini. Cuaca mendung dan hujan menyambut ketibaan saya. Ada masa lebat dan ada masa gerimis, malah cuaca terus mendung walaupun hujan telah reda. Ia menimbulkan suasana sayu bersama ketenangan semasa berada di masjid bersejarah ini.
Adakah Teknik SEO Tradisional Sudah Terkubur?
Assalamualaikum. Sejak awal penglibatan menulis blog, pelbagai perkongsian tentang kaedah dan teknik optimasi enjin carian atau SEO (search engine optimization) sudah banyak dibincangkan oleh pemain digital dipelbagai lapangan industri. Secara tradisional, teknik SEO ini dipraktikkan adalah agar artikel yang ditulis mampu menduduki di peringkat pertama atau ranking terbaik di muka pertama paparan enjin carian terhadap topik yang disasarkan atau SERP (search engine result page) seperti Google.
Mesyuarat Agung PPMDSNJ Daerah Pontian Ke-30
Assalamualaikum. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya abadikan pengalaman Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Masjid Dan Surau Negeri Johor (PPMDSNJ) Daerah Pontian kali yang ke-30 pada artikel kali ini. Mesyuarat Agung Tahunan PPMDSNJ Daerah Pontian kali ke-30 ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 18 April 2026 bertempat di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Pontian.
Budaya Kerja Coworking Space Generasi Digital
Assalamualaikum. Saya tertarik berkongsi tentang kisah satu pertemuan antara para penggiat digital dari beberapa negara ASEAN yang diadakan di JustCo. Ia merupakan sebuah coworking space di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi di Singapura. Apa yang menarik, pertemuan itu berlangsung hanya sekitar 2 jam sahaja. Berbincang dan mencapai kesepakatan sebelum bersurai dan menunggu jadual penerbangan pulang ke negara masing-masing.
Amalan Bekerja Dari Rumah Secara Profesional
Assalamualaikum. Amalan bekerja dari rumah bukan lagi perkara yang asing dalam budaya kerja masyarakat hari ini. Selain penggiat digital atau mereka yang bekerja secara freelance, kini keterlibatan syarikat korporat, swasta dan kerajaan juga tidak ketinggalan dalam membuka ruang tugasan yang boleh dilaksanakan dari rumah. Pada artikel ini, saya terpanggil berkongsi tentang amalan bekerja dari rumah yang boleh membantu untuk kita lebih fokus terhadap profesionalisme yang diceburi.
Persatuan Pegawai Masjid Dan Surau Negeri Johor (Caw. Pontian)
Assalamualaikum. Tahun 2025 adalah tahun peralihan. Bermula sebagai ahli Persatuan Pegawai Masjid Dan Surau Negeri Johor (Cawangan Pontian) pada 2024, kini saya telah diberi kepercayaan menggalas amanah sebagai pemeriksa kira-kira bagi sesi 2025 – 27. Semua ini bermula setelah saya kembali ke Pontian. Alhamdulillah, saya disambut baik oleh kejiranan dan kariah surau yang kebanyakkannya sudah mengenali sejak saya kanak-kanak lagi.