Malaysia sekali lagi muncul sebagai peneraju ekonomi Islam global dengan kekal berada di kedudukan pertama dalam Global Islamic Economy Indicator (GIEI). Ini berdasarkan laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) 2025/2026. Apa yang lebih membanggakan, Malaysia telah mengekalkan kedudukan ini selama 12 tahun berturut-turut. Menerusi laporan SGIE 2025/2026, Malaysia menduduki tempat pertama dalam tiga sektor utama iaitu makanan halal, kewangan Islam dan farmaseutikal serta kosmetik halal.