Is this you? As a journalist, you can create a free Muck Rack account to customize your profile, list your contact preferences, and upload a portfolio of your best work.
Claim your profile
Articles by Fatihah Jamhari
Jurang pendapatan bayangi kemakmuran ekonomi
“PERTUMBUHAN ekonomi perlu bersifat menyeluruh dan saksama secara berterusan, memberikan kebaikan kepada semua golongan di bandar besar mahupun kecil dan masyarakat luar bandar. “Pada masa sama, kita pelu berusaha lebih gigih bagi memastikan strategi pertumbuhan tidak menjejaskan keindahan alam sekitar atau memburukkan lagi krisis pemanasan global yang kian meruncing.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Anjakan sosial dalam Belanjawan 2027
“ADALAH sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama memberi makan serta perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan ataupun apabila berada di dalam habitat sendiri.” – Sultan Sharafuddin Idris Shah. Apabila Kementerian Kewangan mengumumkan rangka kerja Belanjawan 2027, sebahagian besar tumpuan masyarakat menyasar kepada inisiatif digital dan kos sara hidup.
Kebebasan bersuara jangan cabar kedaulatan negara
“KETIKA warga dilanda hempasan ombak perebutan kuasa yang kelihatan semakin meretakkan perpaduan, barang dijauhkan warga dari menghadapi nasib ‘benang habis, kain tak jadi, jarum patah, baju tak siap… “Prinsip-prinsip asas, terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan.
Institusi raja melangkaui percaturan politik
“SESUNGGUHNYA syura menyatukan pandangan dan adab menyatukan hati. Jika kita mahu ummah dihormati, suburkan ilmu dalam perbincangan. Jika kita mahu masyarakat bersatu, jagalah adab dalam perbezaan. Jika kita mahu kepimpinan diberkati, letakkan kebenaran mengatasi ego dan kepentingan diri.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Kemelut kuasa yang melanda Negeri Sembilan sekali lagi menguji ketahanan institusi pentadbiran negeri dan kewibawaan undang-undang tubuh.
Kita terlalu berlembut dengan penghina agama?
“USAHA menyatupadukan rakyat semestinya menghadapi halangan besar, apabila ada kalangan rakyat yang memilih mahu mensensasikan isu kaum, isu agama, isu negeri dan isu wilayah, pada waktu yang kita sepatutnya lebih memberi fokus, mematangkan kerjasama dan mengukuhkan persefahaman yang dirintis dan dibina oleh pemimpin terdahulu. Negara ini jangan dijadikan rumah sengketa, tempat berpesta dalam kalangan insan yang mabuk kuasa.
Di mana hilangnya kesopanan dan kesusilaan generasi muda?
“NILAI kesopanan dan kesusilaan merupakan asas kepada pembinaan masyarakat yang harmoni dan negara sejahtera. Sedarilah! perilaku warga, apatah lagi dalam kalangan pemimpin akan memberikan imej, wajah dan identiti negara kita di mata dunia. Memuatkan artikel berkaitan… “Kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan oleh warga merupakan suatu ukuran kemajuan dan ketamadunan negara.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Bahasa Melayu menyatukan kita
“PENGGUNAAN bahasa Melayu di mahkamah tidak boleh dipermudahkan dan diambil ringan. “Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu (Perkara 152). Dengan peruntukan undang-undang di atas, maka keraguan atas penggunaan bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah tidak boleh dipersoalkan lagi. “Jadi, penggunaannya hendaklah dilaksanakan dengan ketatnya oleh semua pihak.
Jangan kompromi kedaulatan perairan
“SUNGGUHPUN perundingan mengambil masa yang lama, Malaysia adalah komited untuk menyelesaikan isu pembatasan sempadan secara perundingan atau perbincangan dua hala berlandaskan undang-undang antarabangsa. Khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS)1982. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, UNCLOS 1982 merupakan dokumen komprehensif yang menyentuh segenap dimensi hal ehwal kelautan dan maritim.
Pempengaruh sebagai duta negara
“KESATUAN ummah semakin menghadapi cabaran besar. Perbezaan politik, mazhab, bangsa, kepentingan di samping tarikan kepada pengaruh, pangkat, jawatan, harta dan kemewahan dunia, semakin mengatasi semangat persaudaraan yang mengakibatkan konsep ukhuwah semakin dipinggir.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kedaulatan bukan untuk dirunding
“SETIAP keberanian dan segala kerelaan itu dilakukan bukan untuk kepentingan diri tetapi dilaksanakan untuk kepentingan mempertahankan negara bangsa.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Adakah kita semakin leka menikmati nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi lebih enam dekad? Persoalan ini wajar direnungi kerana ketika kita berada dalam zon selesa, pelbagai ancaman luar terus bergerak secara halus dan tersusun, termasuk melalui pendekatan neo-kolonialisme yang semakin sukar dikesan.
RUU Pengangkutan Jalan taring baharu keselamatan jalan raya
“AKTA 333 merupakan antara undang-undang utama yang menjadi asas kepada pengurusan, pengawalseliaan dan penguatkuasaan jalan raya di negara kita. “Namun, realiti pengangkutan jalan pada hari ini telah banyak berubah. Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semakin digital, corak mobiliti rakyat semakin pelbagai dan penguatkuasaan kini semakin bergantung kepada data, kamera serta sistem automasi.
Fahami Akta Profesion Kerja Sosial
“KERJA sosial merupakan satu bidang tugas yang murni bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan atau komuniti agar mereka dapat kembali berfungsi dan meneruskan kehidupan secara berdikari. Namun begitu, kerja sosial tidak boleh disamakan dengan tugas sukarelawan semata-mata seperti tanggapan kebanyakan orang. Kerja sosial ialah satu profesion yang memerlukan kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan latihan secara formal.
Pindaan undang-undang lindung masa hadapan kanak-kanak
“MENURUT data Internet Watch Foundation yang dilaporkan pada 2025, sebanyak 16,238 Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) melibatkan kanak-kanak Malaysia direkodkan pada 2024 meningkat lebih 225 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jangan jadi guru yang mengkhianati kepercayaan
“GURU yang sejati bukan hanya mengajar dengan kata tetapi mendidik dengan teladan.” – Buya Hamka. Bagi membentuk bangsa yang maju, yang paling utama perlu difokuskan adalah pendidikan para belia dalam bangsa itu. Tanpa pendidikan yang menyeluruh bagi membentuk anak bangsa dengan daya fikir yang matang dan jati diri yang kukuh, mustahil negara dapat mengekalkan kemakmuran dalam menggapai pembangunan.
Melindungi generasi Undi18 daripada gejala ketagihan
“PADA tangis pertama kelahiranmu di bumi ini; Sampai saat terakhir nafas dalam melangkah kaki; Teguh-teguhlah menyanyikan lagu tanah air tercinta; Bersama kita atas kesegaran kepedihan bumi merdeka.” – Datuk Usman Awang, Sajak Pemuda Dan Gadis Tiong Hua. Dalam pada badai politik kuat membaham kestabilan ekonomi dan sosial negara, anak muda diperkasa dengan kuasa mengundi melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.
Jangan beri muka lagi kepada penjenayah tegar
“HANYA menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi seorang wanita.” – Buya Hamka. Apabila Jahidah Nordin dilaporkan koma pada Mei 2021 selepas dipukul suaminya ketika sarat mengandung, gelombang kemarahan awam tidak dapat dibendung. Para aktivis wanita bangkit dengan suara lantang, menuntut keadilan yang sewajarnya buatnya.
Mana setia kawan dalam ASEAN?
“MALAYSIA menghargai tawaran untuk membela negara kami tetapi bagaimana mungkin Malaysia dapat memastikan bantuan yang dijanjikan akan tiba saat begitu banyak negara yang dilihat terbiar begitu sahaja apabila mereka berada dalam kesusahan. “Malaysia maklum keutamaan pertama pasukan pelindung adalah untuk menarik keluar pasukan mereka. Ikrar untuk melindungi hak asasi manusia tanpa mengira sempadan dan kedaulatan sudah berkali-kali terbukti kosong.
Patriotisme penangkis neoimperialisme
“SEGELINTIR lagi anak muda Malaysia pula dijangkiti sindrom lupa sejarah di peringkat yang serius dan parah. Mereka tidak tahu susur-galur bangsanya, mereka tidak menghargai perjuangan bangsanya, mereka juga langsung tidak menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh negaranya. “Ada juga segelintir generasi muda di Malaysia yang telah diresapi sindrom universalisme yang total. Mereka terlalu kagum dengan cara hidup bangsa Eropah. Mereka terlalu taksub dengan konsep demokrasi liberal.
Sentimen perkauman ancam keamanan sosial
“MESKIPUN pandangan kita berbeda, kita masih bisa bertetangga secara jujur. Kerana pada pendirian kami, agama itu tidak bisa dipaksakan. Agama adalah soal petunjuk dan hidayah Ilahi.” – Buya Hamka. Isu berbangkit melibatkan toleransi antara agama dan kaum menunjukkan sisi gelap yang selalu diendahkan dalam masyarakat. Lebih menyedihkan lagi, tanpa kemahuan politik yang jitu, isu ini sudah dilihat sebagai permasalahan yang sering dianggap tekal dan malar tanpa penyelesaian tuntas.
Salah faham isu keganasan rumah tangga
“SEMUA orang yang berakal budi dan berfikiran cerdas bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia. Tiada apa di dalamnya siling selisih. Suami seorang yang baik dan penyantun. Isteri seorang teman yang setiawan. Akan tetapi adakah selalu berjumpa yang demikian di dunia ini? Kita jangan membohongi diri! Banyak rumah tangga pecah berantakan kerana kenyataan berbeza sama sekali dengan yang dicita-citakan.
Lindungi wanita dari ancaman keganasan rumah tangga
“AKAN tetapi di samping kewajipan yang telah dipikulkan ke atas pundak si suami itu, si isteri itu mempunyai hak sendiri yang dijamin oleh Allah SWT dan Rasul; ertinya apabila laki-laki yang merasa dirinya lebih kuat itu bertindak sewenang-wenang sehingga hak si isteri itu terlanggar, berdosalah yang melanggar itu kepada Allah dan Rasul. Tegasnya sumbinglah keIslamannya.” – Buya Hamka.
Had kuasa teguhkan demokrasi
“DI mata saya, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu perdana menteri sahaja, tetapi semua 222 ahli Dewan Rakyat telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan. “Semua pihak sedia maklum keutamaan saya adalah keadaan hidup lebih 33 juta rakyat Malaysia di luar sana. Oleh itu, saya berharap semua Ahli Yang Berhormat akan menumpukan usaha untuk membela nasib hidup mereka bukannya untuk kepentingan parti politik atau diri… 1 bulan Sehari hanya RM0.17
Bila kerajaan mahu ditunaikan janji Ombudsman?
“SAYA juga ingin mengingatkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat bahawa setiap perbahasan, keputusan dan undian yang dibuat di dalam Dewan ini bukan hanya merupakan pendirian politik parti tetapi bakal menentukan masa hadapan kita. “Oleh itu, laksanakan tugas ini dengan penuh amanah, bijaksana dan bertanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat.” – Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Yang Ke-15.
Pihak tertentu manipulasi undang-undang negara?
“KEPADA semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam, ingatlah bahawa jawatan yang disandang adalah amanah rakyat dan negara. Jika awak menyalah guna kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau bersubahat melindungi perasuah, awak adalah pengkhianat negara.” – Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Yang Kelima Belas.
Mana pergi Hot Daddy?
“DALAM keadaan masyarakat semakin terperangkap dengan budaya mengejar pencapaian lahiriah sehingga sanggup mengorbankan kebersihan jiwa, adab, akhlak serta tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah, sifat berani mempertahankan kebenaran wajib disemai dan dididik sejak awal kehidupan.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Segerakan pemisahan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya
“PENGHAKIMAN yang telus menggambarkan sistem keadilan yang berwibawa dan tidak dibayangi dengan perasaan gusar dan gentar pada sesiapa memandangkan dalam sistem keadilan, seorang hakim adalah watak penting serta mempunyai peranan besar.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Agak sukar untuk masyarakat merasa aman sentosa dalam pada berlegar-legar tuduhan di media sosial kononnya berlaku pendakwaan terpilih dalam negara.
Apa dah jadi dengan Ops Songsang?
“INTEGRITI tidak lahir secara spontan. Integriti tidak terbentuk melalui pelan yang cantik tertulis di atas kertas. Integriti tidak tercapai melalui penubuhan sebuah institusi. Integriti dibentuk melalui pendidikan yang berterusan, disemai di rumah, disuburkan di sekolah, diperkukuh oleh masyarakat dan diinspirasikan oleh kepimpinan yang boleh diteladani.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sekat penggunaan internet kanak-kanak
“SEJAK mencapai kemerdekaan, negara dan kerajaan amat mengutamakan program pendidikan dengan memberikan peruntukan perbelanjaan yang besar… Tetapi semua itu akan tinggal sebagai angka dan erti sebenar pendidikan tidak tercapai kalau jiwa anak-anak masih kosong dari segi nilai, apabila fokus pendidikan kini gagal melahirkan manusia beradab, berfikir dan punya arah hidup yang betul.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Tiada lagi tolak ansur, hapuskan premis seks songsang
Amat merisaukan apabila sebuah negara yang terkenal dengan kepimpinan Melayu Islam digemparkan dengan serbuan di pusat spa dan kesihatan yang beroperasi untuk kunjungan khusus daripada komuniti gay. Premis berkenaan didakwa bukan sekadar menjadi premis tumpuan untuk komuniti songsang itu berkumpul, bersenam dan menjaga kesihatan, malah turut diubahsuai bagi menggalakkan perlakuan seks bebas tanpa segan silu.
Adakah benar undang-undang jenayah di Malaysia seksis?
“ADA adat yang sebenar adat, iaitu yang tidak lekang dipanas dan tak lapuk dihujan… Kedua ada adat yang diadatkan. Dia bukan asli, melainkan menurut kepada keadaan pada masa itu. Mula-mulanya hanya teradat saja, lama-lama menjadi adat yang terpakai setiap hari, sehingga sukar merubahnya.” – Buya Hamka.
Hukum mereka berdasarkan jenayah, bukan umur
“BILA mendirikan sebuah negara sudah tentu orang akan membuat undang-undang. Bertambah meluas dan berkembang negara itu bertambah banyak undang-undangnya. Maka oleh kerana anutan pertama dan utama adalah iman dan amal soleh, sudah tentu undang-undang yang akan dibuat tidak mungkin daripada penolakan kepercayaan kepada Allah dan tidak mungkin daripada niat hendak berbuat jahat.” Buya Hamka. Pada Jun lalu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd.
Berhentilah fikir hal remeh-temeh
“YANG amat ajaib adalah peperangan antara otak dan hati. Beberapa saat dia dapat dilupakan dan hati mengikut dengan patuh apa kehendak otak. Tapi bila kelihatan rumah tangganya atau kelihatan rupanya sendiri dan kadang-kadang bila namanya disebut orang, hati lupa akan perintah otak.” – Buya Hamka. Sudah jadi adat netizen di Malaysia suka memperbesar-besarkan hal remeh dan selesa mengkritik perkara sensasi tanpa mendalami isu sebenar. Terkini kecoh di ruangan komen semua… 1 bulan Sehari hanya RM0.17
Zionis Melayu bebal yang tebal
“ADIL ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya.” – Buya Hamka. Mungkin ramai sudah lupa. Pada 2017 riuh negara dengan desas-desus penganjuran Jerusalem Jubilee oleh kumpulan Kristian, All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC).
Belajar dari luka jiran, jangan sampai terjadi di sini
“KEMUNDURAN negara tidak akan terjadi kalau tidak kemunduran budi dan kekusutan jiwa.” – Buya Hamka. Ketika kemeriahan dan semangat patriotisme sedang hangat dirasai di seluruh negara, ada baiknya kita memperingati pengorbanan pejuang negara yang mempertaruhkan nyawa untuk membela dan mempertahankan kedaulatan Malaysia.
Pendidikan tatanegara kunci kesetiaan kepada raja, negara
“SETIAP keberanian itu dan segala kerelaan itu dilakukan bukan untuk kepentingan diri tetapi dilaksanakan untuk kepentingan mempertahankan negara bangsa. “Semangat kesetiaan kepada raja dan negara mesti dijunjung setiap masa, berteraskan Perlembagaan dan berpaksikan undang-undang.” – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Setiap orang yang mengaku diri sebagai warga negara Malaysia sudah tentu maklum dan arif tentang prinsip negara yang dipasakkan melalui Rukun Negara.
Institusi raja nadi stabiliti negara, simbol harmoni
“SESUNGGUHNYA raja pemerintah itu di samping berperanan penting untuk memenuhi tanggungjawab pemerintahan menurut dalam Perlembagaan Negara, turut berperanan utama menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kekayaan sejarah dan keagungan tamadun bangsa yang telah dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, kehalusan budi dan keindahan bahasa.” – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Banyak laporan palsu bukti rakyat alpa tanggungjawab sivik
“KEAMANAN bukan sesuatu yang mudah dicapai, keamanan bukannya pipih datang melayang. Keamanan adalah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang berusaha mengekalkan kestabilan dan kemakmuran negara. “Rakyat perlu menghargai dan mengamalkan nilai perpaduan, saling menghormati dan hidup dalam suasana bertoleransi dengan keinsafan, kestabilan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi memerlukan kerjasama seluruh rakyat.
Reformasi institusi kehakiman mesti diperkasa, bukan bermain silap mata
“PRINSIP kedaulatan undang-undang yang diterapkan sebagai Rukun Negara keempat, meletakkan undang-undang berada di kedudukan yang tinggi dan tiada kerajaan, tiada organisasi, tiada institusi atau orang perseorangan yang kebal, boleh melakukan sekehendak hati, mengatasi undang-undang yang telah ditetapkan dan memiliki keabsahan dan legitimasi.” – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Orang Melayu sudah jadi Pak Pandir dan Mak Andeh
“KETIKA bangsa tersilap tanggapan bahawa dirinya telah begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan untuk mereka kembali ke pangkal jalan dan pesanan orang tua-tua, ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.’ Bangsa jangan hendaknya hilang kearifan, menjadi pandir, hingga terlihat mencari bayang ketika malam, menyalakan pelita ketika rembang, berakhir dengan senario ‘menang sorak kampung tergadai’.” – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Privasi kanak-kanak bukan mainan
“APAKAH belajar adab itu hanya untuk anak-anak yang masih dalam sekolah sahaja? Atau untuk anak-anak muda sahaja? Seorang anak sekolah masih dapat diajar guru, anak muda masih boleh disindir ayah. Tetapi orang tua siapakah yang akan mengajarnya? Siapakah yang akan berani menasihati dan menyindirnya? “Tidaklah boleh dipandang pelajaran adab itu untuk golongan yang muda-muda sahaja tetapi rata buat tiap-tiap manusia sekurangnya untuk menjadi cermin diri, untuk mengetahui kekurangan kita.” – Buya Hamka.
Sebar aib orang lain boleh jadi jenayah
“PEREMPUAN yang dianggap baik oleh Allah atau perempuan yang soleh ialah perempuan taat, yang tahu diri, yang tahu sampai di batas mana dia harus berjalan. Iaitu perempuan yang memelihara hal-hal tersembunyi.” – Buya Hamka. Baru-baru ini tular kisah hubungan terlarang antara seorang pendidik dan seorang juruelektrik.
Kanak-kanak boleh bekerja tetapi…
“KITA harus berkorban hari ini agar anak-anak kita mendapat masa hadapan yang lebih baik kelak.” – A. P. J. Abdul Kalam Kebergantungan negara kepada buruh asing adalah di tahap yang membimbangkan kerana turut melibatkan pelbagai komplikasi perundangan lain termasuklah isu perhambaan moden.
Jangan ada lagi hamba kapitalis moden
“KAMI menge-syorkan agar jalan penyelesaian disediakan kepada mana-mana individu bagi menangani sebarang pelanggaran atau perbuatan menyalahi undang-undang terhadap mana-mana aspek kebebasan peribadinya.
Tidak guna ekonomi maju tetapi nyawa rakyat jadi taruhan
“KEGUNAAN harta tidak dimungkiri tetapi ingatlah yang lebih tinggi adalah cita-cita yang mulia.” – Buya Hamka. Minggu lalu media melaporkan bagaimana pasukan polis berjaya membongkar pusat panggilan penipuan di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Polis turut mendedahkan dalang sindiket tersebut, yang merupakan warga China, memulakan operasi berkenaan dengan membeli lapan unit kondominium bernilai RM16 juta bagi tujuan kegiatan jenayah mereka.
Bila prinsip Islam dipandang remeh
“KADANG-KADANG saya melihat orang berani dan gagah memperdebatkan agama. Dia menyelidik suatu hukum. Kata orang hukum itu adalah haram dan menurut penyelidikannya hanyalah makruh. Sebab hanya makruh, lalu dikerjakannya! Dan kata orang satu perkara lain hukumnya wajib, menurut penyelidikannya hukum itu hanya sunnah. Oleh sebab hanya sunnah, tidak dikerjakannya lagi! Pendeknya, sejak dia pandai berhujah, agamanya ringan!” – Buya Hamka. Polemik halal dalam makanan di pasaran kini tular kembali.
Selesaikan isu-isu pendidikan yang masih tertangguh
Pada November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji, “Soal pendidikan, untuk guru besar, pengetua dan guru-guru, saya mahu tekankan yang mana bermula Januari 2024, selain menyelesaikan hal asas berkaitan prasarana sekolah, tumpuan kita ialah tingkat dan angkat mutu pendidikan”.
Jadikan hospital awam pilihan utama rakyat
“DALAM menanamkan keyakinan kepada Keesaan Allah pada jiwa, dia pun menanamkan semangat beramal soleh terhadap sesama manusia, dan dia pun menanamkan rasa takwa dalam setiap tindak tanduk. Jika dia mementingkan kebersihan peribadi, adalah kerana peribadi itu akan hidup di tengah-tengah masyarakat. Jika hak-hak asasi perseorangan dilindungi, hak bangsa-bangsa dan suku bangsa pun dilindungi. Keduanya mesti seimbang.” – Buya Hamka.
Bela nasib mangsa GISBH walaupun dengan jalan yang keras
Oleh Fatihah Jamhari 4 Oktober 2024, 8:00 am “ISLAM datang menghapuskan taksub dan membanggakan persukuan dan kaum sendiri. Islam menyerukan bahawa seluruh manusia sama harganya, yang tinggi hanyalah yang lebih takwa kepada Allah.” – Buya Hamka. Pembongkaran, penyiasatan dan akhirnya pertuduhan terhadap kumpulan, berciri kultus, Global Ikhwan Services & Business Holdings Sdn. Bhd.
Masyarakat kita semakin pincang hari demi hari
Oleh Fatihah Jamhari 23 Ogos 2024, 8:00 am KEMERDEKAAN manusia menurut ajaran Islam, dihimpunkan ke dalam kekuasaan Tuhan. Oleh sebab itu, maka merdeka dengan tidak ada himpunan, merdeka menempuh langkah sendiri-sendiri sahaja tidak memperdulikan orang lain, tidaklah ada. Bertambah lanjut fikiran manusia, bertambah terikatlah dirinya oleh akal budinya. Kalau dikaji sampai ke sana, tidaklah ada yang merdeka dalam alam ini.
Menyusukan kera di hutan biarpun anak di rumah kebuluran
“TAKTIK penjajahan jiwa yang terakhir yang dilakukan oleh bangsa-bangsa penjajah kepada negera-negara yang baharu mencapai kemerdekannya adalah dengan membangkitkan keinginan hidup mewah. “Kerana bila mana bertambah mewah hidup orang, bertambah pudarlah cita-citanya. Yang satu hendak melebihi yang lain dalam kemewahan.
Show More
loading
Actions
Is this you?
As a journalist, you can create a free Muck Rack account to customize your profile, list your contact preferences, and upload a portfolio of your best work.Get in touch with Fatihah
Contact Fatihah, search articles and posts on X, monitor coverage, and track replies from one place.
Learn more about Muck Rack