16-Jun-2026, 13:19 Seorang daripada tujuh plaintif Orang Asli, Rosli Jedut, mengucapkan penghargaan kepada peguamnya, Ananthan Moorthi susulan keputusan Mahkamah Persekutuan. PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan tujuh penduduk Orang Asli dari Pekan berkait saman terhadap sebuah syarikat swasta yang memusnahkan kubur nenek moyang mereka bagi pembangunan pertanian.